Toyota bawakan konsep ubahsuai GR Corolla, GR Yaris di TAS 2024

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sudah pun membaca perincian yang telah kami siarkan bagi model berprestasi tinggi yang dibawakan oleh Toyota seperti LBX Morizo RR Concept, GR Yaris facelift dan SUV elektrik RZ450e F Sport Performance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR Corolla dan GR Yaris.
 

GR


Bermula dengan GR Yaris RR x GROW Concept, hot hatch tiga pintu itu dipadankan dengan beberapa aksesori Rookie Racing.

Seperti contoh, splitter depan yang lebih menonjol, selain pemasangan penambahan skirt sisi, set rim perak, tip ekzos titanium, serta sayap belakang yang diinspirasikan daripada jentera rali WRC.

Berkemungkinan besar sistem gantungan GR Yaris ini telah direndahkan untuk menampakkan stance yang lebih garang.
 

GR


Sebuah lagi hot hatch, iaitu GR Corolla x GROW Design turut dipadankan dengan naik taraf bersifat kosmetik.

Antaranya ialah set rim berwarna gangsa emas (kanan) dan hitam (kiri), splitter hadapan, penambahan pada skirt sisi, dan tidak ketinggalan sayap belakang yang tinggi berserta spoiler baharu pada bahagian tengah.