Trak tugas berat berkuasa metanol dari Geely - jimat bahan bakar, lebih prestasi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anak syarikat di bawah Geely New Energy Commercial Vehicle Group (GCV), Yuan Cheng Auto mengumumkan pelancaran dan penjualan trak berkuasa metanol M100 pertama di dunia, menggantikan penggunaan diesel.

Ia diproduksikan di fasiliti GCV yang terletak di Nanchong, China dan menawarkan penggunaan bahan api yang lebih berkesan dan lebih mesra alam mengikut standard emisi China yang keenam. 
 


Geely telah membangunkan teknologi trenkuasa bahan api metanol sejak 15 tahun yang lalu dan ia menggunakan komponen yang sama terdapat pada trak tugas berat di dalam pasaran. 

Enjin 12.54 liter itu mampu menjana kuasa maksimum 460 PS dan mempunyai keupayaan untuk mendaki cerun bersudut 30 darjah dengan mudah, selain mempunyai emisi rendah dan penggunaan bahan bakar yang lebih jimat terima kasih kepada penggunaan teknologi termaju seperti kawalan nisbah udara-bahan api gelung tertutup, dan penukar bermangkin tiga hala. 
 


Jika mengikut operasi standard, trak tugas berat Geely ini mampu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 18% atau 45,000 RMB (RM27,636) berbanding teknologi diesel.

Ini boleh dilihat berdasarkan standard jarak operasi tahunan 150,000 km dan harga metanol pula pada 2,500 RMB (RM1,535) per tan. 
 


Rekaan luaran pula menampilkan reka bentuk astetik intuitif yang ringkas dan minimalis, menggambarkan status sebenar trak ini yang lebih mesra alam. 

Penggunaan bahan tidak melekat diaplikasikan pada komponen seperti windshield, pemegang pintu dan cermin sisi bagi mengelakkan sebarang bendasing daripada melekat, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan terutama ketika cuaca buruk.
 


Tiga jenis varian trak ditawarkan, iaitu versi standard, mountain dan juga logistik serantau. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang diberitakan, generasi kedua trak pikap Amarok bakal menggunakan platform daripada Ford…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan trak biasa, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di mana cermin…
Pelancaran
UD Trucks Malaysia hari ini memperkenalkan Quester baharu yang telah ditambah baik dalam rangkaian…