Kolaborasi Ford-VW perlihatkan lakaran awal trak pikap Amarok

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah melaporkan pakatan strategik antara Ford dan Volkswagen yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan komersil dan menumpukan kepada model-model seperti trak pikap Amarok dan Transit.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Seperti yang diberitakan, generasi kedua trak pikap Amarok bakal menggunakan platform daripada Ford Ranger dan bakal menerjah pasaran seawal tahun 2022. 

Lakaran awal trak pikap Amarok telah pun diterbitkan oleh Volkswagen dengan reka bentuk yang lebih agresif berbanding generasi pertama, serta dibayangi oleh model penderma Ford Ranger. 

Reka bentuk hud juga lebih muskular diikuti dengan arca roda yang besar, serta tayar off-road pada keempat-empat sudut. 

Seperti model-model baharu Volkswagen, trak pikap ini turut menggunakan logo VW yang lebih ringkas pada bahagian gril dengan rekaan yang sebati bersama lampu utama. 

Selain daripada VW Amarok, kolaborasi ini turut menyaksikan sebuah model Ford Transit Connect serba baharu yang dibangunkan berdasarkan VW Caddy 2020 yang diperlihatkan baru-baru ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk…