UD Trucks lancar Quester baharu - lengkap dengan ciri pintar ESCOT & UD Telematics

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

UD Trucks Malaysia hari ini memperkenalkan Quester baharu yang telah ditambah baik dalam rangkaian trak tugas berat Queste yang cukup terkenal pada acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2019 yang berlangsung di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) bermula 20-22 Jun. 

Quester baharu mewakili evolusi penyelesaian pintar terhadap cabaran pengangkutan masa kini. 

Dibina dengan ketahanan yang sudah terbukti dan boleh dipercayai, Quester baharu memperkenalkan ciri-ciri penting seperti transmisi manual automatik ESCOT, perencat (retarder), kabin yang boleh dinaikkan secara elektrikal, enjin berkuasa tinggi dan telematik mesra pengguna. 
 


Bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan perniagaan pemilik serta syarikat logistik, Quester baharu dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 10 peratus berbanding Quester sekarang melalui penggunaan transmisi manual automatik ESCOT. 

ESCOT terdiri daripada satu perisian yang mengoptimumkan aspek penukaran gear berdasarkan kepada putaran enjin, kelajuan, berat beban dan kecerunan jalan. 

Enjin GH8E kini menawarkan kuasa 350hp, sementara enjin GH11E pula memberi pilihan kuasa 440hp. 

Prestasi penjimatan bahan api Quester baharu juga selari dengan fokus terhadap garis panduan alam sekitar yang berfungsi mengurangkan penggunaan minyak. 

Quester baharu dengan ESCOT tidak lagi memerlukan penukaran gear secara manual yang boleh berlaku sebanyak 1,000 hingga 1,500 kali sehari. 
 


Keletihan pemandu terus menjadi cabaran serius kepada industri dan menyumbang kepada 20 peratus kemalangan di dunia. 

Bagi menangani masalah ini, Quester baharu dibangunkan dengan kabin sokongan udara dan pakej lebih selesa yang mampu mengurangkan gegaran kabin sehingga 18 peratus.

Keselesaan pemandu juga ditingkatkan dengan tempat duduk yang ergonomik dan sokongan lumbar untuk tugasan perjalanan jauh. 

Secara amnya, Quester baharu menambah baik aspek pemanduan dan keselamatan pemandu melalui ciri-ciri yang fokus untuk meningkatkan tahap keselesaan serta mengurangkan keletihan pemandu.   
 


Sokongan UD Telematics pula merupakan sistem yang mampu memantau dan mengesan keadaan setiap trak serta servis yang diperlukan sebelum kerosakan berlaku. 

Analisa penyelenggaraan pencegahan pula memberi panduan kepada pelanggan dengan laporan bulanan mengenai tingkah laku pemanduan dan penggunaan bahan api. 

Ini bagi memastikan tempoh operasi yang lebih tinggi serta penjimatan bahan api yang lebih optimum. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd…
Berita Global
Berkuat kuasa 1 April 2021, Naoto Hakamata telah dilantik sebagai Pengerusi UD Trucks, diikuti oleh…
Berita Global
Perkongsian teknologi bukanlah satu perkara yang baharu, dan ia merupakan perkara biasa apabila…