Isuzu FL IR - trak swapandu dengan ciri 'platooning'

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu baru-baru ini menerbitkan beberapa keping gambar konsep trak swapandu yang digelar sebagai FL IR menjelang pengenalan rasminya di acara Tokyo Motor Show tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan trak biasa, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di mana cermin utama hadapan dilihat lebih kecil dan bahagian tersebut didominasi oleh gril perak yang dihiasi lencana Isuzu yang besar. 

Ketiadaan cermin sisi telah digantikan dengan peranan kamera sisi yang sangat tirus di bahagian kiri dan kanan kepala lori tersebut. 

Menurut Isuzu, mereka mengambil inspirasi rekaan daripada pergerakan haiwan marin menyerupai jerung yang menggunakan gelombang bunyi dan mempunyai formasi renang yang unik. 
 


Sebut pasal gelombang bunyi dan formasi renang, ia sebenarnya merupakan salah satu petanda bahawa trak Isuzu FL IR ini adalah trak yang mempunyai keupayaan swapandu dan ciri platooning. 

Ini bermakna, di dalam satu formasi pergerakan konvoi, ciri platooning ini mampu menghubungkan dua atau tiga trak berbeza di mana kenderaan di belakang akan meniru dan memberikan reaksi berdasarkan pergerakan kenderaan pendahulu. 

Di dalam industri komersil, ciri platooning ini bakal menjadi satu kelaziman dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi serta menangani isu kekurangan pemandu trak yang semakin ketara saban tahun. 
 


Rekaan kabin trak Isuzu FL IR ini dikatakan boleh diubah secara automatik mengikut mod pemanduan yang digunakan - sama ada menggunakan pemandu atau ciri mod swapandu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…