Trak Scania ini boleh gerak 10,000 km setahun, guna tenaga matahari

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, faktor cuaca yang panas terik membolehkan trak Scania berwarna hijau ini bergerak sejauh 10,000 km dalam tempoh setahun tanpa memerlukan setitik minyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan Uppsala University, serta beberapa syarikat yang lain.
 

scania


Trak Scania berkuasa 552 hp itu sebenarnya merupakan sebuah trak plug-in hybrid yang menggunakan panel solar yang dipasangkan pada trailer di bahagian belakang.

Trailer 18 meter itu menampilkan panel solar berkeluasan 100 meter persegi berkecekapan tinggi, selain mampu menjana kuasa kira-kira 8,000 kWh setahun di Sweden.
 

scania


Kuasa yang dihasilkan itu akan disimpan pada pek bateri 200 kWh yang diletakkan pada trailer, serta 100 kWh pada kepala trak.

Berdasarkan kajian dan ujian yang dijalankan, mereka mengganggarkan panel solar itu mampu menyumbang kepada jarak sejauh 5,000 km setahun di Sweden, atau sehingga 10,000 km setahun di Sepanyol yang lebih panas cuacanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama trak pengangkut berkuasa elektrik itu kini digunakan oleh firma logistik gergasi ARS…
Berita Global
Namun, itu bukanlah tujuan utama Scania selaku pengeluar lori dan trak terkemuka apabila mereka…
Berita Global
Dalam usaha untuk mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan komersil…