Namun, itu bukanlah tujuan utama Scania selaku pengeluar lori dan trak terkemuka apabila mereka menggunakan sebuah Volkwagen Golf dalam ujian pelanggaran yang dijalankan.
Menurut Scania, ujian kemalangan yang dijalankan ini lebih bertujuan untuk melihat kesan impak pelanggaran melibatkan produk baharu mereka, sebuah trak berkuasa elektrik sepenuh masa, lebih tepat lagi kesan terhadap pek bateri yang dipasang.
Ini kerana di dalam situasi pelanggaran, tenaga dan impak yang dikenakan terhadap pek bateri berkemungkinan besar boleh mencetuskan tragedi yang lebih besar, seperti contoh letupan dan kebakaran.
Menurut Mikael Littmann, ketua unit ujian mekanikal Scania berkata, "oleh sebab kami mahukan kesan pelanggaran yang lebih menyerupai dunia sebenar, kami menggunakan sebuah kereta sebenar yang mampu menghasilkan impak yang lebih kuat berbanding penggunaan penghadang ujian.
Malah, proses penyediaan dan simulasi ujian pelanggaran mampu memakan masa berbulan lamanya sebelum ujian sebenar dijalankan, di mana hasil akhir lebih bertujuan untuk mengesahkan pengiraan yang telah dijalankan sebelum ini.
Scania turut mengerahkan tenaga anggota bomba bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, dan hasilnya?
Ujian pelanggaran tersebut berjaya dilakukan, dan pek bateri trak Scania tersebut tidak terkesan dengan impak yang diberikan oleh Volkswagen Golf itu tadi.