Unit pertama trak pengangkut berkuasa elektrik itu kini digunakan oleh firma logistik gergasi ARS Altmann Automobillogistik.
Menurut pengurus produk mobiliti elektrik Scania, Thiemo Freyer menjelaskan, trak ini boleh memuatkan sehingga lapan buah kereta dengan dimensi yang tidak terlalu panjang atau terlalu tinggi, dan dengan muatan sehingga 42 tan (maksimum yang dibenarkan di Jerman).
Trak elektrik Scania 230 kWh ini juga boleh dicas penuh dalam masa kurang 90 minit menggunakan pengecasan CCS2 130 kWh.
Ini bermakna, apabila kereta baharu diangkut dari kilang produksi ke tempat penyimpanan, bateri trak boleh boleh dicas kembali sehingga 100 peratus sewaktu proses pemunggahan dan pemuatan di destinasi.
Perjalanan berikutnya kemudian boleh dimulakan kembali dalam keadaan kapasiti bateri yang sudah penuh tanpa perlu risau mencari stesen pengecasan sepanjang perjalanan.
Salah seorang daripada pemandu ARS, Manfred Rakoczi memuji keupayaan trak Scania P 25 ini.
"Impresi pertama saya, trak ini sangat hebat. Pengendaliannya lebih bagus dan jika dibandingkan dengan versi diesel.
Menurut Scania, ARS Altmann membuat pembelian model P 25 ini dengan sokongan geran projek perintis bernilai €188,000 (RM916,698) yang dibiayai oleh Kementerian Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Pengangkutan.
Ia merupakan sebahagian daripada langkah untuk mempromosikan penggunaan kenderaan komersial ringan dan berat dengan sistem pacuan alternatif yang lebih mesra alam.