Siemens, Scania bangunkan e-lebuhraya khas untuk lori kargo hibrid-elektrik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan komersil berkuasa diesel, Siemens berganding bahu dengan Scania membangunkan sebuah projek lebuhraya elektrik.

Lebuhraya elektrik ini merupakan satu laluan yang dikhaskan kepada lori kargo hibrid yang dilengkapi dengan rod konduktor pantograf - sama seperti komuter - yang menarik kuasa elektrik daripada wayar atas (overhead cable).

Sistem wayar elektrik atas ini mampu membolehkan lori kargo ini bergerak sepantas 90 kilometer sejam menghubungkan lapangan terbang Frankurt dan taman perindustrian berhampiran dengan Autobahn.
 


Namun, apabila lori ini keluar daripada jaringan kabel tersebut, sistem hibrid diesel akan mula beroperasi menggantikan penggunaan elektrik. 

Ia telah beroperasi bermula 7 Mei yang lalu dan menurut Siemens, kos pembangunan 10 kilometer e-lebuhraya ini mencecah sehingga €70 juta (RM325 juta) dan merupakan lebuhraya elektrik skala besar yang beroperasi sepenuhnya di dunia. 

Percubaan pertama dimulakan pada tahun 2012 di mana pada ketika itu teknologi bateri masih lagi tidak begitu berkuasa untuk menampung keperluan kenderaan komersil berat. 
 


Menurut kerajaan Jerman, e-lebuhraya ini dua kali lebih berkesan berbanding penggunaan enjin pembakaran dalaman dan sudah semestinya lebih jimat dan mampu mengurangkan kadar pencemaran udara. 

Jerman kini sedang berusaha untuk mengurangkan jejak karbon sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang tahun 2050, dengan menghentikan penjualan kenderaan berenjin petrol dan diesel pada tahun 2030.

Sumber: Digital Trends