Toyota Tundra 2022 bakal tampil dengan suspensi Fox!

oleh Mohamad Hanif|
Secara kasarnya, kita sudah pun melihat rupa sebenar pesaing kepada trak pikap saiz penuh Ford F-150, iaitu Toyota Tundra selepas imej yang sebenar dibocorkan sendiri oleh salah sebuah pengedarnya di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Toyota masih lagi merahsiakan beberapa butiran serta spesifikasi yang bakal ditawarkan kepada pembeli di sana menjelang pelancaran rasmi yang bakal berlangsung dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Untuk teaser terbaharu, Toyota kini mendedahkan sekilas pandang bahagian gantungan, di mana Tundra generasi baharu kini tidak lagi menggunakan suspensi jenis dedaun seperti mana tipikal trak pikap seperti F-150 dan Chevrolet Silverado.
 

suspensi Tundra


Akan tetapi, Toyota Tundra 2022 membawakan konfigurasi suspensi serba baharu yang membenarkan artikulasi pergerakan yang jauh lebih baik, dan bermakna ia mampu bersaing dengan trak pikap Raptor yang dilengkapi dengan suspensi bebas di bahagian belakang.

Di bahagian hadapan, trak pikap ini dipasangkan dengan suspensi dengan penyerap hentak Fox, diikuti dengan sway bar hadapan dan skid plate TRD.

Menurut Toyota, sistem suspensi baharu ini bakal menawarkan keselesaan yang tersendiri, selain menetapkan tanda aras baharu buat prestasi di atas jalan biasa dan juga jalan off-road.

Akan tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada penawaran ini akan turut didapati pada model asas, atau terhad kepada model seperti varian Off-Road dan Pro.
 

Tundra TRD


Berdasarkan teaser terdahulu, Toyota Tundra TRD Pro bakal ditawarkan dengan seleksi pemilihan Multi-Terrain Select, serta beberapa opsyen seperti Downhill Assist Contro/Crawl, Tow/Haul, serta mod pemanduan standard.

Di bahagian ruang kabin, Tundra dilengkapi dengan skrin kluster instrumen digital yang menawarkan pelbagai penyesuaian terhadap paparan tersebut.

Lagi butiran lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakej TRD Performance itu mampu menaikkan output kuasa asal enjin i-FORCE 389 hp kepada 421 hp @ 5,…
Berita Global
  Terbaru di Texas, Toyota memperkenal Tundra 1794 Special Edition Premium yang dibuat sebanyak 1…
Berita Global
Bayangkan jika lencana tersebut berada pada trak pikap bersaiz penuh seperti Tundra, baru-baru ini…