Rendering Toyota Tundra dengan lencana GR!

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Setakat ini, kita telah melihat pelbagai model Toyota yang dihadirkan dengan lencana istimewa mereka iaitu GR, antara model popular mereka ialah GR Yaris, GR Corolla, GR86 dan GR Supra.

Bayangkan jika lencana tersebut berada pada trak pikap bersaiz penuh seperti Tundra, baru-baru ini imej dari  Abimelec Design telah menunjukkan bagaimana rupa trak pikap tersebut dengan lencana GR.

Jika dilihat pada imej tersebut, ianya jelas menampilkan trak pikap sport yang menjadi trend sekitar tahun 90 an, GR Tundra tersebut telah diberikan rupa lebih garang dengan tambahan kit badan.

 

GR Tundra

 

Ketinggian trak tersebut turut lebih rendah yang memberikannya penampilan lebih sporty, jika dilihat lebih lama, ianya kelihatan seakan-akan Ford F-150 Lightning 2015.

Toyota Tundra 2023 dikuasakan oleh enjin V6 3.4 liter turbo berkembar dipadankan dengan motor elektrik hibrid  menghasilkan kuasa sehingga 437 HP

Walaupun Tundra tidak ditawarkan untuk pasaran di Malaysia, namun amat menarik untuk dilihat jika Toyota menghasilkan GR Tundra dengan beberapa naik taraf prestasi dan rupa.

 

Sumber: Motortrend

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keputusan itu dilihat tepat kerana Toyota sudah bertahun menguasai pasaran kenderaan di sana…
Berita Global
  Seperkara lagi yang menarik, Tundra ditawarkan dengan nadi kuasa hibrid 3.5L V6 turbo berkembar…
Berita Global
Selepas pelancaran trak pikap saiz penuh Tundra, Toyota kini memperkenalkan kembar trak pikap…