Toyota RAV4 Prime - crossover plug-in hybrid, 0-100 km/j 5.8 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Los Angeles Auto Show, Toyota telah melancarkan varian RAV4 yang lebih berkuasa, lebih efisien, dan lebih pantas berbanding RAV4 sedia ada, iaitu RAV4 Prime 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang menjadikan RAV4 Prime ini lebih pantas adalah penggunaan enjin hibrid, namun dengan  motor elektrik yang lebih berkuasa, serta pek bateri lithium-ion yang berkapasiti tinggi. 

Enjin 2.5 liter hibrid itu telah ditala semula supaya mampu menghamburkan kuasa 176 ekor kuda dan daya kilas 228 Nm. 
 


Penggunaan motor elektrik yang disebutkan itu tadi diposisikan pada gandar belakang, menjadikan output keseluruhan RAV4 Prime ini naik kepada angka 302 hp!

Ini membolehkan RAV4 Prime memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa kira-kira 5.8 saat sahaja - menyamai rekod yang sama dicatatkan oleh Toyota Supra 3.0 Turbo Automatik tahun 1993!

Dengan pek bateri yang lebih besar, RAV4 Prime mampu bergerak dalam mod emisi sifar sejauh 63 km dengan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.61 liter untuk setiap 100 kilometer. 

Jimat bukan? 
 


Toyota dengan bijaknya meletakkan pek bateri ini dibahagian bawah lantai, jadi ia tidak mengorbankan tahap praktikaliti RAV4 sedia ada, selain menjadikan titik graviti SUV ini lebih rendah untuk pemanduan yang stabil.

Penggunaan paddle shifter pula merupakan ciri pertama seumpamanya untuk sebuah RAV4, namun menurut Toyota, pengguna boleh menukar kepada gear yang lebih rendah bagi meningkatkan kadar brek regeneratif. 

Dari segi luaran, RAV4 Prime hadir dalam dua trim iaitu SE dan XSE, di mana trim SE menawarkan spoiler hadapan aerodinamik, serta pemakaian rim aloi bersaiz 18 inci. 

Manakala XSE pula hadir dengan warna luaran dua tona, bumbung hitam, lampu nyalaan siang LED menegak, dan rim aloi bersaiz 19 inci - saiz terbesar yang dimuatkan pada varian RAV4. 
 


Secara asasnya, RAV4 Prime ditawarkan dengan stereng balutan kulit, tempat duduk bole laras 8 cara dengan pemanas terbina, sistem infotainmen yang dihubungkan dengan Amazon Alexa, Android Auto dan Apple CarPlay, sistem pemantauan titik buta dan paparan berbilang info pada kluster instrumen.

Varian tertinggi pula menerima kerusi balutan kulit sintetik, sistem pencahayaan suram, paparan infotainmen 9 inci, pengecas peranti pintar nirwayar, serta sebuah bumbung bulan (moonroof).

Untuk aksesori yang lebih premium, pembeli boleh menambah Premium Package yang merangkumi tempat duduk berliang, roda stereng dengan pemanas terbina dalam, serta bumbung bulan panoramik. 
 


Selain daripada itu, terdapat opsyen tempat duduk baris kedua dengan pemanas terbina, paparan head-up, cermin pandang belakang digital, sistem pemantauan mata burung dan sistem audio premium JBL. 

Tidak ketinggalan, ciri Toyota Safety Sense yang didatangkan standard seperti lampu suluhan tinggi automatik, kawalan pelayaran adaptif, sistem pra-pelanggaran dan ciri pengesan pejalan kaki, amaran penukaran laluan dengan bantuan stereng, bantuan pengekalan laluan dan bantuan papan tanda jalan.  

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…