Toyota mungkin guna enjin baharu Mazda6 - enam silinder sebaris, sistem hibrid 48V, 350 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, kami telah melaporkan Mazda sudah pun memulakan pembangunan bagi generasi baharu Mazda6 yang bakal menampilkan konfigurasi pacuan roda belakang, teknologi mild-hybrid serta enjin Skyactiv-X enam silinder sebaris.
Modenas

Dan dalam satu perkembangan terkini, Car and Driver turut memetik daripada satu sumber yang menyebut bahawa Mazda6 generasi berikutnya bakal hadir menjelang tahun 2022.

 


Mazda6 nampaknya merupakan model pertama yang bakal dibangunkan berdasarkan platform 'Large Architecture' yang menampilkan sistem pacuan roda belakang serta enjin menegak enam silinder sebaris Skyactiv-X.

Enjin petrol baharu Skyactiv-X ini bakal memiliki sesaran di bawah 3 liter  serta sistem mild-hybrid 48 Voltan yang mampu memberikan kuasa sehingga 350 kuasa kuda, manakala versi diesel enam silinder sebaris pula bakal menyusul di bawah keluarga Skyactiv-D.

Selain daripada itu, peningkatan kerjasama antara Mazda dan Toyota memungkinkan kedua-dua pengeluar automotif itu mendapat manfaat masing-masing daripada pembangunan Mazda6.

 


Spekulasi daripada Car and Driver turut menyebut Toyota bakal menggunakan enjin Skyactiv-X enam silinder sebaris ini pada model-model generasi baharu Lexus IS dan RC, namun hal ini difahamkan bakal menjadi kenyataan dalam masa beberapa tahun menjelang tahun 2026.

Ini kerana Lexus sudah pun merancang untuk memperkenalkan sedan generasi baharu tersebut menjelang tahun 2021 dengan penggunakan platform TNGA dan enjin sendiri sehingga model baharu muncul pada tahun 2026.

Sumber: Car and Driver

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun di Jepun, enjin Skyactiv-X itu terus mendapat penambahbaikan di mana ia kini dilengkapi…
Berita Global
Menerusi satu gambar teaser yang diterbitkan oleh Mazda, ia menampilkan tiga unit enjin, dua…
Berita Global
Ini kerana menurut satu laporan daripada Jalopnik, kereta sports baharu Mazda berkemungkinan besar…