Gambar tersebut memaparkan kelibat lencana yang menyebut "INLINE 6", memberikan petanda SUV tiga baris tempat duduk itu bakal dilengkapi dengan nadi enam silinder sebaris.
Sebagai makluman, sebelum ini Mazda melancarkan model CX-60 yang turut dipadankan dengan pilihan enjin enam silinder yang sama.

Terdapat versi diesel 3.3 liter turbo yang mampu menjana 228 hp dan 500 Nm, atau versi hibrid ringan 48V dengan kuasa setinggi 251 hp dan 550 Nm.
Mazda turut menawarkan enjin petrol 3.3 liter turbo dengan janaan kuasa yang tidak impresif, 280 hp dan 450 Nm.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mazda CX-90 dibangun menggunakan platform serba baharu pacuan roda belakang, dan ia dijangka akan menggantikan model CX-9 sedia ada.
Selain muncul di pasaran Amerika Syarikat pada Januari 2023, CX-90 juga dikatakan akan mendarat di beberapa buah pasaran global.