Mazda MX-5 generasi baharu guna enjin Skyactiv-X, muncul tahun 2024 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar utama sudah mula beralih kepada trenkuasa elektrik yang lebih senyap dan mesra alam, Mazda pula merupakan antara pengeluar yang masih komited terhadap enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, laporan daripada Autocar menyebut pengeluar yang sinonim dengan enjin rotari itu akan mengekalkan penawaran enjin ICE pada generasi kelima Mazda MX-5 yang akan muncul pada tahun 2024.

Namun, enjin yang dimaksudkan bukanlah enjin Skyactiv-G seperti yang ditawarkan pada ketika ini, akan tetapi enjin inovatif Skyactiv-X dengan teknologi spark-controlled compression ignition (SPCCI).

Enjin ini pertama kali muncul pada pertengahan 2019 menerusi nadi 2.0 liter yang mampu menghasilkan 177 hp dan 224 Nm, dan teknologi ini akan diperluaskan pada barisan enjin enam silinder sebaris baharu Mazda untuk meningkatkan kadar ekonomi bahan api, serta mengurangkan pelepasan emisi.
 

MX5


Sekiranya Mazda mahu meneruskan penggunaan nadi Skyactiv-X, ini bermakna mereka harus membangunkan semula jentera ini dari sifar, dan terdapat kemungkinan besar versi aras mula yang didatangkan dengan enjin 1.5 liter tidak lagi akan ditawarkan pada generasi akan datang. 

Bercakap kepada Autocar, ketua unit rekaan Mazda Ikuo Maeda mengakui mereka sedang mempertimbangkan pelbagai jenis pilihan trenkuasa untuk Mazda MX-5 generasi baharu.

"Kami mahu mencari trenkuasa yang terbaik untuk mengekalkan resepi kereta yang ringan, namun disebabkan keperluan yang meluas, kami harus mencari beberapa pilihan.

Namun, berdasarkan penawaran terdahulu, Mazda MX-5 generasi baharu mungkin akan mengekalkan penawaran transmisi manual bagi memenuhi keperluan para peminatnya.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…