Mazda umum barisan SUV baharu - CX-50, CX-60, CX-70, CX-80, CX-90!

oleh Mohamad Hanif|
Pada ketika ini, Mazda mempunyai barisan SUV yang boleh dikatakan cukup lengkap, bermula dari CX-3, CX-30, CX-5, CX-8 dan SUV yang paling besar CX-9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun bermula tempoh dua tahun akan datang, barisan SUV yang disebutkan itu tadi akan disertai dengan kehadiran model-model SUV (lagi!) baharu yang bakal dimulakan dengan pelancaran CX-50 pada bulan depan.

Berbeza dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, Mazda CX-50 bukanlah pengganti sebenar kepada Mazda CX-5, sebaliknya ia merupakan penambahan kepada keluarga SUV kompak itu.

Difahamkan, Mazda CX-50 hanya khusus untuk pasaran Amerika, di mana ia akan menggunakan platform yang sama dengan Mazda CX-30 dan Mazda3, dan dijadualkan memasuki fasa produksi pada Januari 2022 di kilang baharu Huntsville, Alabama yang merupakan kerjasama antara Mazda dan Toyota.

Selain daripada itu, pasaran Amerika Syarikat juga turut mendapat model baharu CX-90 dengan tiga baris tempat duduk, dan CX-70 dengan dua baris tempat duduk, di mana kedua-dua SUV ini memiliki dimensi yang lebih lebar dan sesuai digunakan di pasaran Amerika, selain dipasarkan ke negara-negara lain.
 

CX9


Kedua-dua model CX-90 dan CX-70 ini bakal menampilkan platform serba baharu pacuan roda belakang, dan trenkuasa enam silinder sebaris yang sebelum ini digembar-gemburkan untuk model CX-50.

Tidak seperti model CX-50, model CX-90 yang baharu ini akan bertindak sebagai pengganti kepada model CX-9 sedia ada.

Untuk pasaran seperti Eropah, Jepun dan pasaran lain, Mazda mengumumkan dua buah model SUV baharu, iaitu CX-60 (dua baris tempat duduk) dan CX-80 (tiga baris tempat duduk).

Selain daripada itu, generasi baharu nadi enam silinder sebaris Skyactiv-X dan Skyactiv-D akan tiba di pasaran Eropah bersama-sama dengan pilihan enjin empat silinder sebaris plug-in hybrid. sementara untuk pasaran Jepun mereka akan menawarkan barisan SUV besar dengan enjin enam silinder sebaris mild-hybrid, beserta enjin diesel hibrid.

Untuk model MX-30, Mazda mengesahkan crossover itu bakal mendapat varian yang dilengkapi dengan enjin rotari penambah jarak menjelang separuh pertama tahun hadapan (2022).  

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…