Toyota Innova 2021 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM95 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Semalam, pihak Toyota Indonesia telah pun melancarkan secara rasmi kemaskini facelift terhadap model MPV Toyota Innova.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang perubahan dimensi dilakukan, jadi Toyota Innova kekal dengan saiz yang serupa, iaitu panjang 4,735 mm, 1,830 mm lebar, 1,795 mm tinggi dan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm.

Dari segi luaran, Toyota Innova facelift menerima kemaskini berbentuk kosmetik seperti contoh gril trapezoid, kemasan gril yang bersambung dengan lamnpu utama, di mana hanya varian tertentu sahaja mendapat unit projektor LED.

 


Di bahagian belakang, terdapat kemasan perumah nombor pendaftaran dalam warna hitam, serta unit lampu utama yang didatangkan dengan efek gelap pada bahagian sisi.

Sementara varian Venturer pula mendapat ciri unik seperti gril trapezoid dalam warna krom gelap, pemasangan spoiler bampar, spoiler tailgate dan set rim 17 inci dengan kemasan dua tona.

 


Sementara ruang kabin pula masih lagi membawakan reka letak papan pemuka yang sama seperti model pra-facelift, di mana varian G dan G Luxury kini menerima unit infotainmen lapan inci dengan sambungan USB, Bluetooth, dan ciri device mirroring.

Varian V dan V Luxury pula mendapat tambahan Miracast dan sambungan kepada peranti pintar.

Tempat duduk baris kedua pula masih kekal dengan kerusi kapten, di mana varian V dan V Luxury pula mendapat skrin paparan tambahan pada konsol tengah.

 


Tambahan ciri kepada varian Venturer adalah kemasan kayu gelap, upholsteri leatherette hitam dengan jahitan kontras merah, sistem infotainmen sembilan inci serta ciri komunikasi NFC.

Ditengah-tengah wabak pandemik COVID-19 ini, Toyota turut memasang Innova dengan penapis udara dan ionizer untuk varian Luxury, manakala varian V dan V Luxury pula menerima ciri pencahayaan ambien.

Ciri keselamatan Innova merangkumi dua beg udara (dan beg udara lutut pemandu), cagak ISOFIX, kawalan kestabilan, bantuan mula mendaki, ABS, EBD sementara varian Venturer pula mendapat beg udara sisi dan beg udara langsir.

 


Unit enjin pula terdiri daripada pilihan petrol dan diesel, di mana versi petrol merupakan enjin 1TR-FE 2.0 liter yang menjana 139 PS dan 183 Nm, manakala versi diesel pula adalah enjin 2GD-FTV 2.4 liter yang menghasilkan 149 PS dan 342 Nm.

Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, atau automatik enam nisbah kelajuan dengan daya kilas meningkat sedikit kepada 360 Nm.

Harga jualan di negara jiran bermula  dari 337,600,000 rupiah (RM95,320) manakala Innova Venturer pula bermula dari 435,500,000 rupiah (RM122,962).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama…
Berita Domestik
Model HEV kedua itu bakal berada sebaris dengan model Corolla Cross Hybrid namun buat masa ini,…
Berita Global
Generasi ketiga Innova itu kini tidak lagi menggunapakai platform ladder frame IMV yang dikongsi…