Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama yang telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2016 lagi.
Sebuah lagi model yang bakal dilancarkan ialah Proton X90, sebuah SUV tujuh tempat duduk yang menggunakan asas daripada Geely Haoyue.

Merujuk kepada penganalisis RHB Investment Bank, Jim Lim Khai Xhiang berkata, kadar TIV pada tahun ini dijangka lebih rendah berdasarkan ramalan permintaan yang lebih lemah, dan harga kereta yang lebih tinggi.
"Ramalan TIV sebanyak 600,000 unit itu mungkin akan meningkat dengan kehadiran model sedan Perodua, Proton X90, serta model Toyota Vios dan Innova.
Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia meramalkan TIV 2023 sebanyak 636,000 unit, sebelum ia disemak naik kepada 650,000 unit.

Perodua Bezza merupakan sedan segmen A yang dibangun berdasarkan hatchback Perodua Axia, dan dipasang di kilang baharu Perodua di Serendah, Selangor.
Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016, ia kemudian digantikan dengan versi facelift yang muncul awal Januari 2020 di mana varian tertinggi telah dilengkapi dengan kelengkapan ASA 2.0 yang merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan, Pengesan Pejalan Kaki dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

Berdasarkan laporan rakan media negara jiran Autonetmagz, Perodua Axia generasi baharu pula dijangka akan muncul terlebih dahulu pada bulan depan (Februari) mendahului pelancaran model kembarnya Daihatsu Ayla dan Toyota Agya pada bulan berikutnya.
Difahamkan, Perodua Axia merupakan model ketiga yang dibangunkan daripada platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) selepas Perodua Ativa dan Perodua Alza.
Sumber: Berita Harian