UMW Toyota bakal lancar model hibrid kedua tahun depan

oleh Penyumbang Rencana|
UMW Toyota Motor baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan membawa masuk hybrid electric vehicle (HEV) kedua untuk pasaran Malaysia pada tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model HEV kedua itu bakal berada sebaris dengan model Corolla Cross Hybrid namun buat masa ini, Toyota masih belum dedahkan secara rasmi model yang akan dibawa masuk itu.

Besar kemungkinan model dimaksudkan adalah Innova Zenix yang debut di pasaran Indonesia pada bulan lepas.

 

zenix

 

Generasi ketiga Innova itu didatangkan dengan platform TNGA-C lebih moden yang turut digunakan model Corolla, Corolla Cross, C-HR, Noah dan juga Lexus UX.

Innova Zenix untuk pasaran Indonesia didatangkan dengan 2 varian, iaitu varian hibrid dikuasakan dengan Dynamic Force M20A-FXS (152 HP dan 187 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik 113 HP dan 205 Nm menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 186 HP.

 

rear

 

Varian G pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter M20A-FKS menghasilkan kuasa sehingga 174 HP dan 205 Nm, kedua-dua varian itu dipadankan dengan transmisi CVT, atau e-CVT untuk varian hibrid.

Dengan rangkaian kuasa baharu ini, Innova generasi ketiga hanya akan ditawarkan dengan sistem pacuan roda hadapan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada UMWT akan membawa varian HEV sahaja atau turut membawa masuk varian enjin 2.0 liter itu.

 

interior

 

Untuk pasaran Indonesia, harga jualan Innova 2023 bermula dari Rp 419,000,000 (RM122,040) untuk varian G, manakala varian hibrid pula bermula dari Rp 458,000,000 (RM133,399).

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…