TOYOTA COROLLA ALTIS: LIMA FAKTA MENARIK YANG PERLU ANDA TAHU

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Corolla merupakan antara model sedan yang paling laris terjual di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah terjual di peringkat global.

Pakej yang ditawarkan oleh Corolla sangat mudah - sebuah sedan yang ekonomikal, boleh dipercayai pada harga yang berpatutan.

Ia secara tidak langsung menjadikannya salah satu plet nama Toyota yang paling dipercayai dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan lima lagi fakta menarik yang perlu kami kongsikan kepada anda semua berkenaan sedan segmen C Toyota ini.

 

1. Pakej luaran yang lebih moden

Corolla


Tidak seperti Corolla Altis terdahulu, Corolla generasi ke-12 ini menggandingkan imej prestij dan bergaya.

Bukan sahaja reka bentuk yang menawan, tapi ia turut diserikan dengan ciri moden seperti lampu nyalaan siang (DRL) jenis LED, lampu belakang LED, kemasan krom, serta tidak ketinggalan rim aloi bersaiz 17 inci yang nampak gagah itu.

 

2. Ruang kabin yang luas dan selesa

Corolla


Tahukah anda, Corolla baharu ini menawarkan ruang kabin yang lebih luas berbanding Corolla terdahulu?

Turut menyumbang kepada aspek keselesaan sudah pasti tempat duduk dengan balutan kulit serta sistem kawalan iklim dua zon automatik.

Selain daripada itu, pelbagai ciri moden telah dimuatkan termasuklah panel meter optitron beserta paparan digital berwarna saiz tujuh inci, skrin tengah yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta pengecasan peranti tanpa wayar.

 

3. Platform moden, pengalaman pemanduan premium

Corolla


Penggunaan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) membolehkan Toyota Corolla dilengkapi dengan sistem gantungan yang lebih canggih dan kebiasaannya hanya wujud pada kereta yang lebih mahal iaitu topang MacPherson di hadapan dan Double Wishbone di bahagian belakang.

Menggerakkan Corolla baharu ini ialah enjin 1.8 liter 2ZR-FE mampu menjana kuasa setinggi 139 PS dan 172 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Sequential Shiftmatic tujuh nisbah kelajuan yang menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih ekonomikal.

Pun begitu, Corolla tetap berupaya menyajikan pemanduan yang lebih menyeronokkan, baik di dalam bandar mahupun di laluan yang berliku.

 

4. Sedan yang selamat

corolla


Secara standard, Toyota Corolla dilengkapi dengan ciri berikut:
- tujuh beg udara SRS
- Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkaman
- Brek Anti-Kunci (ABS)
- Bantuan Mula Mendaki (HAC)
- Sistem pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- Child lock dan ISOFIX
- Kamera perakam video pemanduan depan dan belakang
- Sistem kamera pemantauan keliling 3D (PVM)
- Penderia parkir depan dan belakang
- Bantuan Mengundur

Menjadikan Corolla sebuah pakej sedan yang lebih selamat sudah pasti dengan kehadiran kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada ciri berikut:
- Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
- Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng
- Bantuan Pengesanan Lorong (LTA)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
- Bantuan Suluhan Tinggi (AHB)
- Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)

Semua ciri di atas mampu menjadi titik tolak kepada pemilikan sedan segmen C yang bukan sahaja premium, lebih dipercayai dan juga pemanduan yang lebih selamat.

 

5. Extra Mile daripada UMW Toyota

extra


Berita baik buat para pemilik dan pelanggan Toyota, UMW Toyota kini mengorak langkah baharu bagi menyajikan manfaat yang merangkumi aspek pembelian, servis penyelenggaraan, serta pengalaman pemilikan.

Ia merangkumi sepuluh perkara seperti berikut:

Pembelian
1. Toyota Insurance Package - menyediakan manfaat seperti khidmat tunda percuma 24 jam, kelulusan tuntutan insurans dalam tempoh 24 jam, serta tiada caj penambahbaikan sehingga tempoh 12 bulan!
2. Toyota Service Savers - pakej servis yang menarik untuk tempoh tiga hingga lima tahun, dengan penjimatan yang bukan sahaja boleh dinikmati pelanggan baharu, malah untuk pelanggan sedia ada.
3. Toyota Financial Packages - mulakan pemilikan sebuah kereta Toyota dengan pelan kadar tetap, atau ansuran bulanan yang rendah hinggalah kepada pinjaman pembiayaan Islam sehingga 100 peratus.

Servis dan penyelenggaraan
1. Toyota Quality Service - pakej penyelenggaraan yang menyeluruh, dan tidak membebankan pemilik untuk setiap enam bulan atau 10,000 km (yang mana tiba dahulu).
2. Toyota Care Plus - perkhidmatan penyelenggaraan yang lebih diperibadikan untuk memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lancar.
3. Toyota Genuine Parts - UMW Toyota menjamin kereta anda bebas daripada sebarang penggunaan alat ganti tiruan sekiranya anda menghantar kereta di mana-mana pusat servis bertauliah.
4. Badan & Cat - dengan kelengkapan moden serta juruteknik bertauliah, Pusat Servis Badan & Cat Toyota merupakan pakar dalam memulihkan keadaan badan serta mengecatnya kembali kepada keadaan asal, seperti baru keluar kilang!

Pemilikan
1. Toyota 24Seven Road Assist
- perkhidmatan yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor yang menawarkan bantuan tepi jalan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, pembaikan kecil di lokasi kejadian serta khidmat tunda secara percuma.
2. Loyal-T - program kesetiaan pelanggan ini membolehkan pemilik mengumpulkan mata ganjaran setiap kali selepas membuat pembelian, penyelenggaraan, pembaikan atau sekadar memperbaharui insurans kereta.
3. Toyota VTS - Sistem Telematik Kenderaan yang mampu menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh bukan sahaja untuk kereta, malah menjadikan perjalanan yang lebih selamat untuk anda dan keluarga anda.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, layari laman web rasmi Toyota di alamat https://www.toyota.com.my/

Berita Berkenaan

Informasi
  Di bawah ialah senarai komponen yang telah diganti oleh Cin sepanjang usia Altis beliau yang…
Berita Global
Daripada 12 kategori tersebut, lima kategori telah dimenangi oleh Toyota menerusi anugerah berikut…
Berita Domestik
Difahamkan, hanya dua varian utama sahaja yang ditawarkan, iaitu 1.8E dan 1.8G, yang mana ia dijana…