Toyota raih lima anugerah dalam Grand Prix ASEAN NCAP ke-4!

oleh Mohamad Hanif|
Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP ke-4 yang telah diumumkan pada 16 Februari yang lalu turut memperlihatkan Toyota sebagai salah sebuah pengeluar yang menerima beberapa anugerah dalam kategori berkaitan pengeluar kenderaan serta kenderaan bermotor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada 12 kategori tersebut, lima kategori telah dimenangi oleh Toyota menerusi anugerah berikut:

  • Jenama 5-bintang paling banyak (2019-2020)
  • Penambahbaikan Keselamatan Berterusan - Toyota Corolla Altis, Toyota Hilux dan Toyota Innova

Sementara Toyota Majesty/Granvia telah diiktiraf dengan Anugerah Prestasi Keselamatan Terbaik Bagi Sistem Bantuan Keselamatan.

Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menjelaskan, "Toyota bersungguh untuk mempertingkatkan teknologi keselamatan dan dalam kenderaan yang
dikeluarkan secara berterusan, sebagai sebahagian usaha keseluruhan ke arah keselamatan jalan raya dan kenderaan yang lebih selamat, dengan tumpuan terhadap tiga unsur terpenting — kenderaan (memajukan teknologi keselamatan), insan (mendidik pemandu, penumpang dan pejalan kaki ke arah keselamatan trafik) dan persekitaran trafik (menyokong prasarana trafik yang lebih selamat).

 


Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menambah, "semua anugerah daripada ASEAN NCAP ini mengesahkan bahawa pendekatan dalam Toyota Synergized Mobility untuk mengkedepankan kepimpinan teknologi Toyota yang akan digunakan untuk menjadikan kereta keluaran kami lebih baik."

ASEAN NCAP adalah sebuah usaha sama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global NCAP. Ditubuhkan pada 2011, ia menjadi penanda aras baru bagi keselamatan kenderaan di rantau ini sebagai respon kepada Tindakan Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak 10 tahun lalu, ASEAN NCAP menumpukan perhatian terhadap model kenderaan popular yang dijual di rantau ASEAN untuk menyediakan maklumat prestasi keselamatan kenderaan kepada pengguna.

Ia menjalankan ujian perlanggaran di kemudahannya yang bertempat di Melaka serta di lokasi-lokasi organisasi serupa di sekitar Asia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…