Toyota Corolla 2022 raih Top Safety Pick+ daripada IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Sedan dan hatchback Toyota Corolla 2022 merupakan antara model terbaharu yang berjaya mendapat penarafan TOP SAFETY PICK+ daripada Insurance Institute for Highway Safety, di mana ia hanya dianugerahkan kepada model yang dibina selepas November 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, Toyota telah membuat penambahbaikan terhadap sistem lampu utama non-curve-adaptive yang sebelum ini hanya sekadar meraih skor marginal atau cukup-cukup makan.

Terdapat sehingga enam aspek yang dinilai oleh IIHS bagi melayakkan penarafan tersebut termasuklah pelanggaran kecil bertindih depan sebelah pemandu dan penumpang, kekuatan bumbung, serta ujian penghadang kepala.
 

Corolla


Selain itu, sesebuah kereta yang diuji perlulah memiliki sistem pengelakan pelanggaran hadapan yang mampu meraih skor tertinggi dalam penilaian kenderaan-ke-kenderaan (V2V) dan kenderaan-ke-pejalan kaki (V2P).

Penarafan Top Safety Pick hanya boleh diberikan sekiranya sistem lampu yang bagus dilengkapi pada salah satu daripada varian yang ditawarkan. Untuk Top Safety Pick+, ciri lampu utama yang bagus atau boleh diterima ditawarkan secara standard untuk semua varian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…
Berita Global
Ini bermakna, Volvo kini mempunyai 13 buah model yang berjaya memperoleh skor tertinggi Top Safety…
Berita Global
Penarafan ini menjadikan Volvo Cars satu-satunya pengeluar yang berjaya mendapat penarafan TSP+…