Volvo Cars satu-satunya pengeluar dengan barisan model kenderaan paling selamat di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Model kenderaan elektrik (EV) Volvo XC40 Recharge telah berjaya menerima penarafan TOP SAFETY PICK PLUS (TSP+) daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Penarafan ini menjadikan Volvo Cars satu-satunya pengeluar yang berjaya mendapat penarafan TSP+ untuk kesemua rangkaian produknya.

Ini juga sekaligus menjadikan Volvo Cars satu-satunya jenama automotif yang paling banyak menerima penarafan TSP+ dalam tempoh satu tahun, dimulakan dengan sembilan anugerah TSP+ pada Februari, lima pada bulan Mac dan satu pada bulan April, dengan jumlah sebanyak 15 anugerah untuk tahun ini.

Volvo memberikan fokus kepada sistem keselamatan standard yang turut merangkumi amaran pra-pelanggaran, brek kecemasan automatik, digandingkan dengan ciri pengelakan pelanggaran pejalan kaki dan penunggang basikal yang termaju.

 


Berikut merupakan senarai model kenderaan Volvo yang berjaya menerima penarafan TOP SAFETY PICK PLUS daripada IIHS pada 31 Mac 2021:

  • Volvo S90
  • Volvo S90 Recharge
  • Volvo V90
  • Volvo V90 Cross Country
  • Volvo V60 Cross Country

Untuk bulan Februari pula, senarai model adalah seperti berikut:

  • Volvo S60
  • Volvo S60 Recharge
  • Volvo V60
  • Volvo XC40
  • Volvo XC60
  • Volvo XC60 Recharge
  • Volvo XC90
  • Volvo XC90 Recharge

Visi Volvo adalah untuk memastikan tiada siapa pun yang terbunuh atau tercedera di dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta baharu Volvo.

Volvo Cars juga turut konsisten menawarkan inovasi di dalam sistem keselamatan seperti memperkenalkan had kelajuan 180 km/j, perlindungan daripada kecederaan akibat terkeluar dari laluan, serta penderia keselamatan terbaharu di dalam Volvo XC40 Recharge.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…