Bekas Presiden IIHS cerita pengalaman terselamat daripada kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Bekas Presiden Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) Adrian Lund nampaknya terhutang budi dengan hasil kerja beliau selama ini di agensi tersebut bagi memastikan kenderaan-kenderaan moden memiliki tahap perlindungan yang sebaiknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang mungkin bakal meragut nyawanya sekiranya kereta yang dipandu itu tidak selamat.

Menurut Adrian, kejadian tersebut berlaku pada bulan Ogos, di mana beliau memandu BMW 540i 2020 pada kelajuan 96 km/j apabila bertembung dengan sebuah kereta BMW 228i 2016 yang memandu lawan arus pada kelajuan 80 km/j di Interstate 95.

Pelanggaran secara berdepan ini mengakibatkan kereta Adrian berpusing dan bergolek sebelum ia berhenti dalam keadaan terbalik.

"Ia sememangnya kemalangan berkelajuan tinggi, jika ia berlaku pada 10 tahun yang lalu, saya mungkin tidak akan berada di sini berkongsikan pengalaman saya kepada anda," ujarnya.
 

BMW


Sayang sekali, pemandu BMW 228i yang merupakan seorang wanita berusia 29 tahun itu maut tercampak daripada kenderaan kesan daripada pelanggaran tersebut, dan didapati tidak memakai tali pinggang keledar sewaktu kejadian.

Adrian yang bersara daripada IIHS pada tahun 2017 itu memberikan pujian kepada keretanya, BMW 540i 2020 yang sebelum ini meraih anugerah IIHS Top Safety Pick dengan skor baik di dalam kesemua enam ujian pelanggaran, termasuklah pelanggaran kecil bertindih depan dan kekuatan bumbung.

Menurut Dominik Schuster, naib presiden unit keselamatan kenderaan di BMW, "pada akhirnya, ia semua berkait dengan satu perkara - memberikan perlindungan terbaik kepada penumpang terutama di dalam insiden pelanggaran sebenar.

"Sejak berdekad, IIHS telah mengejar matlamat yang sama, dan dengan menetapkan keperluan dan melaksanakan ujian berdasarkan kemalangan dunia sebenar, mereka telah memainkan peranan penting dalam memacu aspek keselamatan kenderaan.

"Kemalangan yang dialami oleh Adrian Lund dengan BMW 540i miliknya merupakan contoh yang paling berkuasa bagaimana interaksi antara organisasi perlindungan pengguna seperti IIHS dan pengeluar mampu menyelamatkan nyawa di atas jalan raya," tambahnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau akan meneruskan peranan yang ditinggalkan oleh CEO & Presiden terdahulu, Sagree Sardien…
Berita Global
Biarpun Toyota kini sudah pun mempunyai barisan kereta sports yang ampuh seperti GR Supra, GR…
Berita Domestik
Allahyarham telah memegang jawatan Presiden MAA sejak Januari 2000 lagi. Beliau pernah memegang…