Volvo raih 13 anugerah Top Safety Pick+ 2022, jauh lebih banyak berbanding pengeluar lain

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini sahaja, Volvo berjaya menambah tiga lagi koleksi anugerah Top Safety Pick+ daripada agensi Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) menerusi model S90, S90 Recharge dan V90 Cross Country.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini bermakna, Volvo kini mempunyai 13 buah model yang berjaya memperoleh skor tertinggi Top Safety Pick+ untuk tahun 2022, jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan pengeluar lain.

Ketiga-tiga model Volvo (S90, S90 Recharge dan V90 Cross Country) itu memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk TSP+ iaitu unit lampu utama adaptif selekoh, serta bantuan suluhan tinggi dengan skor 'Acceptable'.

Di samping itu, Volvo juga turut memastikan sistem pengelakan pelanggaran depan standard untuk kesemua kenderaan yang membolehkan ia mencapai penarafan cemerlang dari segi penilaian kenderaan-ke-kenderaan dan kenderaan-ke-pejalan kaki oleh IIHS.

10 buah model Volvo yang sebelum ini berjaya meraih anugerah Top Safety Pick+ adalah seperti berikut:

  • S60
  • S60 Recharge
  • V60 Cross Country
  • C40 Recharge
  • XC40
  • XC40 Recharge
  • XC60
  • XC60 Recharge
  • XC90
  • XC90 Recharge

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Ini kerana, Toyota telah membuat penambahbaikan terhadap sistem lampu utama non-curve-adaptive yang…