TMS 2019 - Mitsubishi Super Height K-Wagon, bakal hampiri fasa produksi

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model kei-car eK wagon dan eK X hasil kerjasama dengan Nissan, Mitsubishi kini menambah sebuah lagi model untuk kelas 660 cc, iaitu Mitsubishi Super Height K-Wagon Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk memasuki fasa produksi, namun tiada sebarang tempoh tetap yang diwar-warkan oleh mereka. 

Oleh kerana regulasi dimensi kelas kei-car, Mitsubishi Super Height K-Wagon Concept ini ditawarkan dalam bentuk kotak yang kurus dan tinggi, serta pintu belakang jenis gelongsor. 

 


Jarak antara roda yang sangat panjang (untuk kelas kei-car) membolehkan Mitsubishi memaksimumkan ruang kabin untuk keselesaan pemanduan jarak jauh. 

Dari segi luaran, ia menampilkan bahasa rekaan ikonik Mitsubishi iaitu Dynamic Shield, dengan rekaan lampu hadapan utama yang berlapis. 

Layangan warna dua tona memberikan penampilan yang lebih bertenaga, serta menyerlahkan personaliti mereka yang gemar melakukan aktiviti luar. 
 


Tiada sebarang info berkenaan aspek kuasa, akan tetapi ia tidak akan lari daripada regulasi kei-car yang menetapkan sesaran enjin 660 cc yang menghasilkan kuasa maksimum 64 PS yang dipadankan dengan transmisi CVT. 

Untuk ciri keselamatan, Mitsubishi melengkapkan wagon kei-car ini dengan sistem bantuan pemanduan atas lebuhraya, sistem brek kecemasan automatik, dan bantuan pengelakan pelanggaran akibat salahguna pendikit minyak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…