TMS 2019 - Subaru WRX STi EJ20 Final Edition, 555 unit untuk pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai penghargaan kepada nadi enjin bentangan boxer empat silinder EJ20 yang turut menjadi sebahagian daripada kegemilangan Subaru itu sendiri, Subaru telah melancarkan edisi terakhir WRX STi bersempena acara Tokyo Motor Show 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun sebagai asas, dimana enjin EJ20 2.0 liter turbo itu mampu menghasilkan 304 kuasa kuda dan 422 Nm daya kilas. 

Edisi terhad ini turut menampilkan kotak gear manual enam nisbah kelajuan sebagai ciri standard. 

 


Selain daripada talaan kepada enjin EJ20 tersebut, Subaru turut menala kembali komponen yang penting seperti klac dan flywheel, manakala kuasa yang terpendam itu disalurkan kepada jalan raya menerusi tayar yang membaluti rim emas BBS 19 inci. 

Model yang khusus untuk pasaran Jepun ini hanya dihasilkan dalam 555 unit terhad sebagai memperingati syarikat State Express 555 yang menjadi penaja utama Subaru dari tahun 1993 sehingga 2004. 
 


Harga jualan Subaru WRX STI EJ20 Final Edition ini bermula dari ¥4,110,000 (RM158,517) dan tempahan akan ditutup pada 23 Disember ini - menandakan tamatnya generasi sedia ada dan ia bakal digantikan dengan generasi baharu tidak lama lagi. 

Difahamkan generasi baharu WRX akan didedahkan kepada umum sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya dan terdapat kemungkinan besar model pengganti itu akan menggunakan enjin boxer turbo serba baharu berkapasiti 1.8 liter - nadi yang sama bakal mendiami perut Subaru Levorg.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk…