Penyapu ajaib e-Broom ini adalah sebahagian daripada masa hadapan Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Bagaimanakah rasanya hidup dalam jangka masa beberapa puluh tahun akan datang?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan oleh Toyota? 

Usah difikirkan masa yang belum pasti, namun menerusi acara Tokyo Motor Show, Toyota mahu menunjukkan kepada para pengunjung situasi kehidupan pada masa akan datang yang serba futuristik serta penuh dengan ciri mobiliti terhubung. 

Ia merangkumi beberapa konsep yang menarik seperti:

 

e-Broom


Menurut Toyota yang tidak memberikan penjelasan yang mencukupi, e-Broom merupakan akses awal kepada mobiliti masa hadapan. 

Rekaannya diinspirasikan daripada penyapu ajaib yang gemar digunakan oleh ahli sihir wanita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. 

Mungkinkah pada masa hadapan, penyapu merupakan mod pengangkutan utama?

 

Micro Palette 


Robot penghantar yang mampu menghantar barangan kepada pengguna, dan dalam masa yang sama menjadikan proses penghantaran tersebut lebih mesra dan dipenuhi elemen emosi. 

Bayangkan mereka yang bujang akan tetapi memerlukan kasih sayang, adakah mereka akan bergantung kepada robot Micro Palette ini? 

 


e-4me


Pod yang mampu memuatkan seorang sahaja pada satu-satu masa ini membenarkan lebih privasi dan tanpa gangguan luaran kepada pengguna ketika bergerak ke satu tempat. 

Anda boleh melakukan apa jua aktiviti - bersenam, menaip, atau melakukan persembahan secara langsung di dalam pod ini. 

 

 

e-Palette 


Jika Micro Palette merupakan sebuah robot penghantar barang, e-Palette pula bertindak sebagai van kargo dengan fungsi yang serupa, tanpa kehadiran pemandu.

 

e-Chargeair 


Sumber kuasa bergerak yang mampu mengecas mana-mana kenderaan elektrik menggunakan pendekatan tanpa wayar. 

Ia juga bertindak sebagai pembersih udara dan mampu menyalurkan kuasa yang berlebihan kepada sistem grid nasional.

 

 

e-Care


Kenderaan seumpama klinik bergerak di mana anda boleh mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan, atau sebagai ambulans yang membawa anda ke mana-mana hospital.

 

 

e-Trans


Toyota e-Trans lebih menyerupai sebuah van panel dengan elemen yang futuristik, digunakan untuk membawa muatan barangan atau penumpang bergantung kepada penggunaan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk…