TMS 2019 - Lexus LF-30 Electrified Concept dari masa hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi pengenalan Lexus LF-30 di Tokyo Motor Show, Lexus juga nampaknya mahu mengikut trend automotif semasa yang kini beralih arah kepada kenderaan hibrid dan elektrik.
Modenas

Jika dibandingkan dengan EV yang lain, Lexus LF-30 menggunakan sistem konfigurasi motor elektrik jenis terbina dalam tayar (in-wheel electric motors) untuk keempat-empat sudut. 

Kuasa gabungan pula mampu mencapai angka 536 kuasa kuda dan karakteristik pemanduan pula ditambah baik dengan teknologi Lexus Advanced Posture Control bagi mengawal kuasa yang buas terhambur daripada motor elektrik itu tadi. 
 


Mengikut keperluan, sistem pacuan Lexus LF-30 adalah sangat versatil dan boleh dipandu dengan pacuan roda hadapan, pacuan roda belakang atau pacuan semua roda. 

Sistem pengecasan pula ditawarkan dalam bentuk teknologi tanpa wayar termaju (advanced wireless charging technology) di mana kabel pengecasan tidak lagi disekalikan ketika pembelian kenderaan. 

 


Memandangkan konfigurasi motor elektrik terbina dalam tayar tidak begitu memakan ruang, para jurutera Lexus tidak perlu bersusah payah untuk berfikir secara kreatif bagaimana cara untuk menjadikan Lexus LF-30 ini lebih menarik. 

Hasilnya, mereka tampil dengan kanopi kaca yang direka bermula dari roda hadapan sehinggalah kepada dek belakang, manakala bukaan pintu gullwing juga memudahkan urusan keluar masuk penumpang dengan mudah. 

 


Ruang kabin Lexus LF-30 juga sangat futuristik di mana ia dikatakan meniru kerusi penerbangan kelas pertama dan didatangkan dengan teknologi otot artifisial yang mampu mengikut bentuk badan penumpang. 

Sistem audio juga boleh diakses secara berasingan di mana penumpang juga boleh melayan lagu kegemaran tanpa sebarang gangguan daripada muzik yang dimainkan oleh pemandu. 

Kanopi kaca yang bertindak sebagai bumbung itu juga mampu memaparkan informasi penting kepada para penumpang. 

 


Lexus LF-30 tidak disahkan lagi fasa produksinya, namun ia menggambarkan visi dan arah tuju Lexus dalam membangunkan kenderaan elektrik pada masa akan datang. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…