Tiga langkah untuk meredah banjir dengan.. G-Class!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz tidak pernah mengurangkan fungsi utama sebuah G-Class disebalik penampilannya yang serba mewah di dalam penawaran terkini generasi terbaharu G-Wagen itu. 

Menurut Mercedes-Benz lagi, tidak menjadi masalah untuk SUV mereka itu dibawa meredah habitat yang menjadi tempat permainan generasi G-Class terdahulu. 

Menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh Mercedes-Benz, mereka memaparkan tiga langkah yang perlu diikuti oleh para pemilik G-Class sebelum memulakan aktiviti meredah kawasan berair (mungkin lebih mesra jika digelar banjir). 

 

1. Periksa kadar kedalaman air


Walaupun ia bertaraf SUV mewah, Mercedes telah menaiktaraf keupayaan G-Class untuk meredah air (wading capacity) setinggi 700 mm. 

Jadi, periksa kedalaman air di hadapan anda terlebih dahulu, dan sekiranya keadaan membenarkan, sila teruskan ke langkah kedua. 

 

2. 10 km/j!


Meredah air memerlukan teknik yang sesuai, dan pemanduan di dalam situasi ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. 

Jadi, 10 km/j adalah had kelajuan anda di dalam air. 

Amat penting untuk mengelakkan kenderaan daripada berhenti, oleh kerana ombak yang terhasil di belakang memungkinkan air memasuki sistem ekzos sekaligus menyebabkan kerosakan. 

 

3. Keringkan sistem brek anda


Setelah meredah banjir, sistem brek anda menjadi basah dan kadar keupayaan membrek akan menurun. 

Di sini perlunya anda mengepam brek secara ringan bagi mengeringkan brek dan mengembalikan semula keupayaan sebenar sistem brek.

Jadi, ini merupakan tiga langkah bagi meredah air yang dalam menggunakan SUV Mercedes-Benz G-Class anda. 

 


Untuk langkah yang lebih terperinci, anda boleh merujuk artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini. 

Baca: Meredah Banjir - Cara dan Risikonya

Bagi mereka yang mahukan sebuah G-Wagen yang dibawa masuk secara rasmi oleh Mercedes-Benz, boleh merujuk kepada artikel di bawah.

Baca: The Godfather of All SUVs - Mercedes-AMG G 63

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…