Petronas jalin kerjasama dengan Mercedes-Benz Global untuk bangunkan solusi teknikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas Lubricant International (PLI) dan Mercedes-Benz Global Customer Service & Parts akan bekerjasama untuk membangunkan solusi teknikal bagi mengoptimasikan prestasi dan kecekapan kenderaan demi untuk memacu khidmat selepas jualan jenama Jerman itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran yang lebih khusus, kolaborasi global yang lebih kukuh serta inisiatif neutral karbon untuk meningkatkan nilai pelanggan di dalam sektor tersebut.

 

 

Menurut Andreas Jörg, Pengarah Perniagaan Perkhidmatan dan Alatganti serta Waranti dan Kemanusiaan (Goodwill) Mercedes-Benz Group AG, kerjasama strategik dengan PLI ini adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan lagi komitmen Mercedes-Benz kepada pelanggan mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Hezlinn Idris pula berkata kolaborasi ini akan meneruskan Petronas untuk membekalkan solusi berinovatif bagi teknologi enjin terkini yang akan memenuhi keperluan pemanduan berprestasi tinggi para pelanggan.

Yang pasti, Petronas akan berkolaborasi dengan Mercedes-Benz secara global dan ini pastinya akan meningkatkan lagi nama syarikat petroleum negara di mata dunia.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…