The Godfather of all SUVs - Mercedes-AMG G 63 dilancarkan, harga dari RM1.5 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam meneruskan momentum memperkenalkan barisan kenderaan berprestasi tinggi di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia malam tadi telah melancarkan tiga buah SUV secara serentak bertempat di Litar Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula daripada The Godfather of SUVs, Mercedes-AMG G 63 mendahului senarai dengan reka bentuk yang lebih malar segar di samping mengekalkan ciri-ciri ikonik yang dibawakan sejak daripada 40 tahun yang lalu.

Dijual dalam satu varian sahaja, Mercedes-AMG G 63 dikuasakan enjin 4.0 liter bi-turbo V8 yang mampu menjana kuasa setinggi 585 hp dan daya kilas 850 Nm, memberikan kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat sahaja!
 


G 63 mempunyai lima pemilihan mod pemanduan, iaitu "Slippery", "Comfort", "Sport", "Sport+" dan "Individual" menerusi DYNAMIC SELECT, Mercedes juga turut menghadirkan tiga mod off-road iaitu "Sand", "Trail" dan juga "Rock" yang boleh diakses menerusi suis di konsol tengah. 

Walaupun masih menggunakan casis ladder-type frame, ia telah diperkukuhkan dengan penggunaan bahan keluli berketahanan tinggi dan ditambah pula dengan binaan badan daripada pelbagai jenis gred aluminium untuk ketegaran yang lebih baik. 
 


Mercedes-AMG G 63

Enjin: 4.0 liter V8 bi-turbo petrol
Kuasa: 585 hp/850 Nm @ 2,000-3,500 rpm
Transmisi: AMG SPEEDSHIFT TCT 9G
Pecutan: 4.5 s 0-100 km/j
Halaju maksimum: 240 km/j
FC: 13.1 liter/100 km
Luaran: AMG Night package, rim 22 inci AMG, LED Multibeam, side running board
Dalaman: AMG carbon fibre trim, upholstery kulit Nappa, stereng AMG balutan nappa, lampu suram dengan 64 pilihan, sistem audio Burmester 
Keselamatan: kamera 360o, pakej bantuan pemanduan, amaran titik buta (BSA), bantuan parkir PARKTRONIC, bantuan kekal jarak DISTRONIC, bantuan kekal laluan, bantuan brek, beg udara lutut dan sisi, lampu brek adaptif, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), TIREFIT

Harga: RM1,464,888 atas jalan tanpa insurans
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…