Tidak semua pengedar Proton boleh jual SUV X90

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini Proton telah menganjurkan sesi pra-tonton model terbaharu yang bakal dilancarkan kelak, iaitu Proton X90 bertempat di studio rekaannya di Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ada di antara pembaca Careta sendiri yang sudah tidak sabar untuk meletakkan duit tempahan dan menjadi antara golongan terawal yang membawa pulang Proton X90 serba baharu ini.

Namun, usah gembira dahulu kerana kami ingin membawakan satu berita yang kurang menyenangkan - tidak semua pengedar boleh menjual Proton X90!
 

LI


Perkara ini didedahkan sendiri oleh CEO Proton Dr Li Chunrong dalam sesi soal jawab bersama para pengamal media tempatan selepas selesai sesi pratonton X90 tersebut.

Menurut Dr Li, para pengedar Proton perlu memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum dibenar menjual Proton X90.
 

X90


"Syarat pertama, prestasi perkhidmatan selepas jualan perlu lebih baik. Sekiranya tidak, mereka tidak layak dan tidak dibenarkan untuk menjual Proton X90.

"Syarat yang kedua, keperluan ruang pameran. Sebagai contoh, pusat pengedar perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk mempamerkan lapan model. Ini kerana menjelang akhir tahun ini kami akan mempunyai lapan model dan kami tidak boleh menerima pengedar yang tidak dapat mempamerkan kesemua lapan model di bilik pameran mereka.

Sementara syarat ketiga pula berkemungkinan besar berkaitan dengan prestasi jualan kereta pengedar Proton itu sendiri. Namun yang pasti, ini adalah tiga syarat utama yang dikenakan oleh Proton untuk para pengedarnya.
 

Roslan


Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah turut mengesahkan langkah terbaharu yang bakal dilaksanakan oleh Proton kelak.

Menurutnya, pihak Proton kini sedang meneliti senarai pengedar yang layak dan dibenarkan untuk menjual Proton X90.

Tambahnya, menjelang pelancaran rasmi Proton akan mengeluarkan senarai pengedar yang dibenarkan menjual Proton X90 untuk memudahkan urusan pelanggan yang berminat untuk menempah dan mendapatkan model tersebut.

Baca: Proton X90 2023 - SUV hibrid pertama Proton

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar baharu ini menyertai rangkaian baharu dalam meningkatkan kebolehcapaian kepada model…
Berita Global
Ini kerana syarikat induk MINI, BMW telah meminta syarikat pengedar tersebut untuk berhenti…
Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…