BMW halang pengedar kereta MINI terpakai guna nama MINI

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah pengedar kereta, Bridgend Motor Group di Kilmarnock, Scotland dihalang daripada menggunakan nama MINI untuk perniagaan kereta terpakai mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana syarikat induk MINI, BMW telah meminta syarikat pengedar tersebut untuk berhenti menggunakan nama bertanda dagangan kerana mereka bukanlah peruncit MINI yang sah.

Isu ini bermula pada Disember, di mana Bridgend telah membuka sebuah pusat pengedar kenderaan terpakai yang dinamakan sebagai Mini World.

Seperti nama yang tertera, syarikat pengedar ini memiliki kepakaran di dalam kenderaan MINI terpakai dan mempunyai banyak pilihan kenderaan.

Tidak lama selepas Mini World membuka perniagaan mereka, seseorang telah memberitahu BMW yang kemudian meminta pengedar itu untuk mengeluarkan nama dan logo jenama itu.
 

MINI


Pada mulanya, Bridgend cuba untuk memangkah nama MINI pada papan tandanya dan dalam hantaran di Facebook, Bridgend menulis, "nampaknya kami tidak dibenarkan untuk menggunakan perkataan MINI ketika kami sedang cuba untuk menjual MINI terpakai."

Langkah tersebut kurang disenangi oleh BMW, memandangkan perkataan "MINI" masih lagi tertera.

Bridgend kemudian memberikan respon dengan menutup logo MINI dengan pelbagai logo emoji dan menggelarkan kedai tersebut dengan nama "iNi World".

Mereka juga menambah beberapa logo yang menggalakkan orang ramai untuk mengikuti kisah sebenar di laman media sosial.
 

MINI


Menurut pengurus jualan Mark Hawthorn, "kami tidak pernah terfikir ia akan menjadi satu isu, untuk sebuah perniagaan kecil yang dikendalikan oleh keluarga tempatan yang mengkhususkan kepada MINI terpakai di bandar kecil seperti Kilmarnock.

"Berapa banyak pakar MINI terpakai yang ada di UK? Yang saya pasti mereka juga akan menggunakan perkataan "MINI".

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mungkin ada di antara pembaca Careta sendiri yang sudah tidak sabar untuk meletakkan duit tempahan…
Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, kesemua outlet Fast Bikes termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota…