Proton X90 2023 – trenkuasa hibrid ringan, 190 PS, 300 Nm, konfigurasi 6/7 tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Proton hari ini mengumumkan ketibaan SUV tiga baris tempat duduk merangkap model hibrid ringan pertama daripada syarikat itu, dengan nama rasminya Proton X90 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model tersebut diperlihatkan kepada para pengamal media dalam satu acara tertutup yang berlangsung di studio rekaan Proton di Shah Alam.

Proton X90 merupakan model ketiga di dalam siri X Proton, dan bakal ditawarkan dalam empat varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan juga Flagship.
 

X90


Antara perubahan rekaan yang dibawakan termasuklah struktur jeriji yang diinspirasikan daripada corak songket serta busur Ethereal yang telah direka semula, diikuti dengan silhouette berotot yang boleh dilihat pada bahagian sisi SUV ini.

Dari segi kuasa, Proton X90 membawakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 Voltan yang terdiri daripada enjin 1.5 liter, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 Volt, Bateri Lithium-ion 48 Volt, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.
 

X90


Secara keseluruhan, ia mampu menjana kuasa setinggi 190 PS dan 300 Nm, di mana sistem EMS 48V itu tadi mampu menyediakan kuasa tambahan 13 PS/45 Nm yang mampu menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Sistem transmisi adalah jenis klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang telah dioptimasikan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.
 

X90


Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah skrin kluster digital LCD 10 inci, skrin infohibur 12.3 inci, serta ciri keselamatan baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), serta sistem informasi papan tanda trafik (TSI).

Proton bakal mengadakan sesi pra-tonton untuk para pelanggan yang berminat melihat dengan lebih dekat X90 ini bermula 8 April 2023.

Pembukaan sesi tempahan beserta harga jualan akan diumumkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md…
Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…
Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…