Naza Italia kini bukan lagi pengedar Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia kini bukan lagi pengedar eksklusif jenama kereta mewah Ferrari untuk pasaran Malaysia.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini.

Difahamkan, keputusan itu dibuat setelah mendapati kehendak perniagaan Ferrari S.p.A adalah tidak selari dengan strategi perniagaan Kumpulan NAZA.

Selain daripada itu, Kumpulan NAZA juga kini mengkaji semula perniagaan automotif mereka termasuklah mengenalpasti jenama yang bersesuaian.
 

maserati


NAZA akan terus memberikan sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan proses peralihan menjelang April 2023.

Dengan penamatan hak sebagai pengedar eksklusif Ferrari, NAZA boleh memberikan tumpuan kepada beberapa jenama automotif lain termasuklah Maserati, Ducati dan Suzuki.

Naza Italia mula menjadi pengedar dan pengimport eksklusif jenama Ferrari di tanah air sejak daripada tahun 2008.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Grecale GT merupakan salah satu dari 3 versi Grecale yang ditawarkan oleh Maserati dimana versi GT…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…
Pelancaran
Secara asasnya, Ferrari 296 GTS membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model 296 GTB, di…