Tiba-tiba muncul, Nissan bakal lengkapi Skyline baharu dengan teknologi ProPILOT

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dunia kereta berprestasi hari ini sibuk dengan Toyota Supra baharu. Sedang penulis memikirkan tentang tawaran Toyota terbaru itu, melintas pula berita mengenai Nissan Skyline.

Sejak pengenalan Nissan GTR pada 2007 tidak banyak kisah tentang Skyline. Selepas dipisahkan daripada GTR, Skyline sebenarnya masih wujud dan ditawarkan secara eksklusif di Jepun.

Nissan menggunakan Infiniti Q50 sebagai penerus legasi Skyline. Menariknya Skyline berdiri di atas jenamanya sendiri atau jenama tunggal tanpa menggunakan identiti Nissan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
ProPILOT

 

Tup-tup keluar pula berita Nissan Skyline baharu yang akan dilancarkan beberapa bulan lagi menggunakan teknologi ProPILOT baharu.

Skyline baharu nanti canggih dengan teknologi bantuan pemanduan pertama di dunia yang menggabungkan perjalanan lebuh raya laluan tunggal bebas tangan.

Dalam bahasa mudah, pemandu tidak perlu menggunakan stereng apabila memandu di laluan sama di lebuh raya.

Berikut ialah cara sistem ini berfungsi:

  • Untuk mengaktifkannya, pemandu terlebih dahulu perlu memasukkan destinasi yang dituju ke dalam sistem navigasi
  • Selepas laluan ditetapkan dan kereta memasuki lebuh raya, fungsi pemanduan ini diaktifkan
  • Sistem akan membantu pemandu sehingga laluan susur keluar lebuh raya. Dalam tempoh perjalanan fungsi bantuan ialah menukar laluan dan keluar daripada laluan
  • Sistem ProPILOT baharu dengan pemanduan bebas tangan berfungsi pada laluan yang ditetapkan
  • Apabila kenderaan menghampiri pembahagi jalan atau terdapat peluang memotong kenderaan perlahan, sistem akan membuat penilaian untuk masa yang sesuai berdasarkan maklumat daripada sistem navigasi dan pengesan 360 darjah
  • Bantuan melalui audio dan visual akan diberikan kepada pemandu untuk meletakkan kedua-dua tangan pada stereng 
ProPILOT

 

'Pancaindera' sistem ProPILOT terbaru ini menggunakan kombinasi kamera, radar, sonar, GPS dan data peta 3D berdefinisi tinggi (HD) bagi menyediakan maklumat 360 darjah serta persekitaran dan lokasi di atas jalan dengan tepat.

Sistem ini menggunakan maklumat tersebut bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lancar ibarat pemandu berpengalaman.

Sistem pengawasan di dalam kabin pula akan sentiasa mengesahkan perhatian pemandu berada di jalan raya.

 

ProPILOT

 

Berkenaan dengan Skyline baharu, Nissan tidak memperincikannya sama ada kekal dengan Infiniti Q50 atau hadir dalam bentuk serba baharu.

Berita tentang sistem ProPILOT baharu memang menarik cuma sifat ingin tahun tentang model legenda Skyline lebih menebal. Tidak begitu?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit/hak foto: Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…