Nissan Kicks 2025 Amerika Syarikat, 2.0L N/A, FWD dan 4WD, tanpa hibrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Kicks
Nissan Kicks
Sesetengah pengeluar kereta hari ini tampil dengan model yang memiliki reka bentuk unik atau lari daripada kebiasaan.

Lampu depan nipis, jeriji yang mendominasi, bentuk kereta itu sendiri dan pelbagai lagi.

Di antara model yang boleh dirujuk ialah Nissan Juke generasi pertama dan diteruskan pada generasi kedua.

Juke hadir dengan reka bentuk funki dan kemudian diredakan dengan Nissan Kicks pada 2016.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Kicks

 

Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER. 

Tidak dibawa ke pasaran tempatan, Kicks dijual di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Dikeluarkan pada 2016 bermakna Kicks sudah sampai ke penghujung dan Nissan tidak menangguh dengan memperkenalkan generasi kedua di Amerika Syarikat (AS).

Sekali pandang, reka bentuk unik boleh diserahkan kepada Nissan dengan jayanya.

 

Nissan Kicks 2025

 

Jeriji depan begitu mendominasi dan dibuat selebar mungkin sehingga dihentikan lampu pada kanan dan kiri.

Satu lagi sudut yang menyumbang keunikan Kicks ialah bahagian sisi belakang dengan bahu kembang.

Macam pernah nampak? Cuba rujuk Mitsubishi Xforce dan tidak menghairankan kerana kedua-dua syarikat berada dalam kumpulan sama.

Walaupun begitu Kicks bukan salinan Xforce dengan perkakasan luaran yang berbeza. 

 

Nissan Kicks 2025

 

Pendaratan bumbung dan tiang C - D Kicks dibuat kemas dan cantik. Di sini juga boleh dilihat perbezaan di antara Kicks dan Xforce.

Saiz roda bermula dari 16 sehingga 19 inci bergantung kepada varian S, SV atau SR. Bahagian belakang unik dengan lampu huruf L dan pintu but dipotong menegak.

Kicks boleh dianugerahkan sebagai Juke 2.0 dan sebagai makluman, Juke generasi kedua tidak dibawa ke AS meskipun ditawarkan di Eropah.

Kicks generasi pertama mengambil tugas Juke generasi kedua di AS.

 

Nissan Kicks 2025

 

Berbanding Kicks 2024 model baharu lebih luas dengan ruang bahu depan meningkat 1.7 inci. Penumpang belakang menikmati tambahan ruang lutut 0.9 inci dan bahu sebanyak 1.5 inci.

Ukuran Nissan Kicks 2025:

  • Panjang, lebar, tinggi (mm): 4,366.2 x 1,800.8 x 1630.6 (FWD) 1625.6 (4WD)
  • Jarak roda (mm): 2,656.8 (FWD), 2,664.4 (4WD)
  • Kelegaan bumi (mm): 213.3
  • Sudut pelepasan depan, belakang, tengah (mm): 457.2, 749.3 (FWD), 678.1 (4WD), 495.3 (FWD), 490.2 (4WD)

Untuk perspektif, Kicks sedikit panjang dan tinggi daripada Proton X50 dengan lebar yang hampir sama (4,330 x 1,800 x 1,609).

 

Nissan Kicks 2025

 

Rekaan dalaman tampil dengan buah fikiran sendiri dan bukan salinan Xforce. Papan pemuka selari dengan trend yang menggabungkan meter untuk pemandu dan skrin maklumat hibur.

Meter standard berukuran tujuh inci atau 12.3 inci untuk kedua-dua skrin bagi Kicks SR.

Kerusi depan Zero Gravity™ seat membantu membahagikan berat dan tekanan merentasi badan penumpang untuk posisi duduk yang lebih selesa dan mengurangkan keletihan.

Kicks SR meriah dengan riasan merah dan Nissan menawarkan bumbung suria panoramik untuk pelanggan SV dan SR.

 

Nissan Kicks 2025

 

Berkenaan rangkaian kuasa, Nissan dengan selamba menggunakan enjin pembakaran dalaman tanpa hibrid dan mild hybrid. Kenderaan elektrik? Simpan untuk LEAF dan Ariya.

Kicks menggunakan enjin MR20DD 2.0 liter yang menghasilkan 141 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 189.8 Nm pada 4,000 rpm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear Xtronic CVT dan pelanggan boleh memesan pacuan depan (FWD) atau empat roda (4WD).

Satu yang menarik, teknologi e-POWER belum sampai ke AS meskipun Kicks generasi pertama pasaran antarabangsa lain dilengkapi rangkaian kuasa itu.

 

Nissan Kicks 2025

 

Dari segi teknologi bantuan pemanduan, kesemua Kicks dilengkapi Nissan Safety Shield® 360 dengan fungsi berikut:

  • Kawalan Jelajah Pintar (S dan SV)
  • ProPilot Assist (SR)
  • Pembrekan Kecemasan Automatik Dengan Pengesanan Pejalan Kaki
  • Brek Belakang Automatik
  • Amaran Titik Buta
  • Peringatan Lintasan Trafik Belakang
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Peringatan Pintu Belakang
  • Peringatan Pemandu
  • Easy-Fill Tire Alert

Kicks SR lebih lengkap dengan fungsi Pencegahan Penukaran Lorong, Bantuan Pengekalan Lorong Kecemasan, Intervensi Titik Buta, Pengecaman Isyarat Jalan dan beberapa lagi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan Kicks 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
e-POWER generasi kedua     Komponen e-POWER terbaru ini terdiri daripada motor elektrik dan…
Berita Global
Berbanding sistem generasi pertama, trenkuasa e-Power yang telah ditambahbaik itu kini mampu…