Nissan Elgrand 2024 Jepun, tambah ciri keselamatan, daripada 4.08 juta yen (RM128 ribu)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Elgrand 250 Highway Star S Urban Chrome
Nissan Elgrand 250 Highway Star S Urban Chrome
Apabila menyebut kenderaan pelbagai guna (MPV) saiz besar buatan Jepun, pilihan yang ada bukan setakat Toyota atau Lexus.

Terdapat sebuah lagi MPV iaitu Nissan Elgrand yang satu ketika pernah ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

Elgrand generasi ketiga dikeluarkan sejak 2010 dan masih ditawarkan di Jepun. Di pasaran tempatan anda boleh mendapatkannya dari pengimport bebas pada harga yang menarik.

Walaupun lama di pasaran, Nissan tidak membiarkannya begitu sahaja dan telah mengubah muka depan, papan pemuka dan melengkapinya dengan teknologi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Elgrand AUTECH 2024
Nissan Elgrand AUTECH 2024

 

Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada pertengahan April.

Model 2024 dilengkapi teknologi 360° Safety Assist dengan fungsi keselamatan canggih seperti Brek Kecemasan Pintar dan Bantuan Pencegahan Tersalah Pecut.

Selain itu kesemua varian dilengkapi Monitor Pandangan Keliling Pintar (dengan pengesanan objek bergerak) dan cermin pandang belakang automatik malap dengan paparan.

Buat pelanggan yang mahukan MPV dengan imej sporti, Nissan meneruskan penawaran Elgrand AUTECH dan versi mewah Elgrand VIP dengan empat dan tujuh tempat duduk.

 

Nissan Elgrand 350 Highway Star 2024
Nissan Elgrand 350 Highway Star 2024

 

Seperti model Jepun lain, Elgrand turut ditawarkan dalam versi kerusi yang boleh dianjak keluar.

Walaupun lama di pasaran, Nissan tidak sekadar acah-acah menjual kerana sejumlah varian ditawarkan.

Pelanggan boleh mendapatkan varian Highway Star, Highway Star S, Highway Star Premium, Highway Star S Urban Chrome dan Highway Star Premium Urban Chrome.

Varian itu dibahagikan kepada 350 (enjin 3.5 liter dan 250 (enjin 2.5 liter) dan mempunyai pilihan tujuh atau lapan tempat duduk (kecuali AUTECH dan VIP).

 

Nissan Elgrand VIP 2024
Nissan Elgrand VIP 2024

 

Elgrand 350 digerakkan enjin VQ35DE 3.5 liter yang menghasilkan 280 ps pada 6,400 rpm dan tork 344Nm pada 4,400 rpm.

Elgrand 250 pula dengan enjin QR25DE 2.5 liter dengan kuasa 170 ps pada 5,600 rpm dan tork 245Nm pada 3,900 rpm.

Enjin dipadan bersama kotak gear Xtronic CVT M6 dan seperti biasa pelanggan boleh memilih pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Elgrand VIP khusus dengan enjin 3.5 liter sahaja.

 

Nissan Elgrand 250 Highway Star Premium Urban Chrome 2024
Nissan Elgrand 250 Highway Star Premium Urban Chrome 2024

 

Berkenaan harga, model paling mampu milik ialah Elgrand 250 Highway Star S 2WD tujuh dan lapan tempat duduk yang ditawarkan pada 4,082,100 yen (RM127,776).

Elgrand AUTECH ditawarkan pada harga serendah 5,205,200 yen (RM162,933) (250 Highway Star S 2WD).

Daripada sejumlah varian, Elgrand VIP 350 Highway Star Premium 4WD empat tempat duduk paling mahal dan dijual pada harga 8,378,700 yen (RM262,225).

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan Elgrand 250 Highway Star Premium Urban Chrome 2024
Nissan Elgrand 250 Highway Star Premium Urban Chrome 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elgrand generasi ketiga (E52) dikeluarkan pada tahun 2010 dan walaupun sudah tidak dijual secara…
Berita Global
Boleh kata ia sebenarnya merupakan kenderaan sasaran baik orang kaya, orang yang acah kaya, ahli…