Tiada versi baharu Model Y dikeluarkan tahun ini - Elon Musk

oleh Firdaus Razani|
Tesla tidak akan melancarkan Model Y yang diperbaharui tahun ini, kata ketua eksekutif Elon Musk dalam catatan di media sosial X beliau baru-baru ini.

"Tiada 'refresh' Model Y akan keluar tahun ini", Musk berkata, sambil menambah bahawa Tesla terus menambah baik keretanya, "jadi walaupun kereta yang enam bulan lebih baharu akan menjadi lebih baik sedikit."

 

 

Tesla lambat memperbaharui model lamanya kerana kadar faedah yang tinggi telah melemahkan selera pengguna untuk barangan seperti kenderaan.

Manakala pesaing di China, yang juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia, melancarkan model tempatan yang lebih murah dan mampu milik.

Penghantaran kenderaan global pengeluar kereta itu jatuh pada suku pertama buat kali pertama dalam hampir empat tahun.

Tahun lepas, Reuters melaporkan bahawa Tesla sedang menyediakan rombakan pengeluaran Model Y dengan sasaran memulakan pengeluaran pada 2024.

 

SUMBER : Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pameran trak Cybertruck tersebut hanya sehingga 2 Jun 2024. Tiga sesi tersedia setiap hari…
Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…