Tesla buat penampilan pertama di MAS2024

oleh Firdaus Razani|
Jenama kereta elektrik nombor satu dunia, Tesla pertama kalinya membuat penampilan di pentas pameran Malaysia Autoshow 2024 dengan membawakan barisan model yang kini berada di pasaran.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3 Performance yang dinanti-nantikan oleh semua peminat.

 

tesla

 

Telsa Model 3 Performance didatangkan dengan reka bentuk kenderaan luaran yang dipertingkatkan, dalaman yang diperhalusi dan lebih fokus pada prestasi.

Model 3 Performance ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j hanya dalam 3.1 saat dan bergerak dengan jarak gerak sehingga 528km hanya dengan sekali pengecasan penuh.

 

tesla

 

Tesla telah berusaha dalam mengembangkan rangkaian pengecasan Tesla untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar kepada pemilik Tesla di Malaysia.

Dengan pelancaran stesen Pengecas Super V4 baru-baru ini di Asia Tenggara di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong, dan beberapa lagi stesen dalam masa kurang setahun sejak ia masuk ke Malaysia.

Ia membuktikan bahawa rangkaian pengecasan Tesla yang komprehensif sedang berkembang.

Selain daripada menyediakan rangkaian pengecasan yang komprehensif untuk pemilik, Tesla baru-baru ini telah melaraskan harga Model 3 dan Model Y untuk menjadikan produk semasa lebih mampu milik.

 

tesla

 

Tesla turut layak mendapat pengecualian duti import dan pelaksanaan penuh dan pengecualian cukai jalan 100%.

Model 3 dan Model Y dijual dengan harga bermula dari RM 181,000 dan RM 191,000 masing-masing.

 

tesla

 

Selain itu, bakal pemilik boleh menikmati kadar faedah serendah 0.78 peratus dengan membuat sebarang tempahan untuk Model Y (RWD) melalui pembiayaan pilihan Tesla dengan bayaran bulanan serendah RM 1,808 dalam tempoh pembayaran 84 bulan.

 

tesla

 

Selepas acara Malaysia Autoshow 2024 berakhir pada 26 Mei ini, Tesla akan membawa model Cybertruck mereka ke The Garden Malls, Kuala Lumpur untuk pameran pengunjung lokasi berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengurus kilang André Thierig menangani perkara itu pada mesyuarat kakitangan pada Isnin,…
Berita Global
Pembukaan itu pada asalnya dirancang untuk 8 Ogos, tetapi Tesla telah menolak acara itu sehingga…
Berita Domestik
Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat dan merasai…