Tesla Cybertruck kini di The Gardens Mall, KL

oleh Firdaus Razani|
Tesla kini membawakan trak sensasi mereka, Tesla Cybertruck ke The Gardens Mall, Kuala Lumpur untuk sesi ekslusif yang telah diatur bagi merasai pengalaman lebih dekat pada bahagian luaran serta dalaman trak tersebut.
tesla

 

Pameran trak Cybertruck tersebut hanya sehingga 2 Jun 2024.

Tiga sesi tersedia setiap hari mengikut first-come-first-served, lawati tesla.com/event/the-gardens-mall-roadshow untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengalaman.

 

tesla

 

Tesla telah berusaha dalam mengembangkan rangkaian pengecasan Tesla untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar kepada pemilik Tesla di Malaysia.

Tesla akan terus mengembangkan rangkaian pengecasan Tesla yang komprehensif dan stesen Supercharge akan datang di The Gardens Mall tidak lama lagi.

Tambahan itu, Tesla turut  melancarkan masa yang terhad program insentif untuk stok sedia Model Y.

 

tesla

 

Pelanggan boleh memiliki Model Y pada bayaran bulanan serendah sekitar RM 1,810 dengan tempoh 84 bulan dengan membiayai pembiaya terpilih Tesla.

Tawaran ini terpakai untuk stok sedia Model Y sahaja, pelanggan mesti melengkapkan dan menerima penghantaran pada atau sebelum 30 Jun 2024 untuk menikmati tawaran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…
Berita Global
Keputusan itu dibuat hampir dua tahun selepas Mahkamah Chancery Delaware membatalkan pakej pampasan…