Tiada lesen fizikal, dua pemuda Malaysia disaman di Thailand

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari tangkap layar video
Dua lelaki warga Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu digital yang dimiliki mereka.

Menerusi perkongsian di Twitter Acapkay, dia menjelaskan situasi tersebut yang dialami bersama rakannya selepas ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah daerah dalam negara terbabit.

“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman.

“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff kena saman,” ciapnya, semalam.

Difahamkan, individu warga Malaysia yang memandu di Thailand tidak memerlukan lesen antarabangsa, sebaliknya hanya perlu memiliki lesen sah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, pada Februari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian diubah kepada mod paparan digital secara berperingkat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, paparan digital tersebut boleh didapati melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. 

 

Twitter

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia bermakna larangan hanya kepada penjualan yang akan menyebabkan tindakan hanya akan diambil…
Berita Domestik
“Larangan pergerakan dilaksanakan mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan pada 4.30 petang hingga…
Berita Domestik
“Pihak polis telah mengesan paparan video yang tular di laman Facebook Orang Kota Tinggi yang…