Kerap disaman berulang kali, lelaki nekad parkir van atas bumbung!

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki yang merupakan jurutera awam di Taichung, Taiwan menyewa kren untuk meletakkan dua buah van di atas bumbung bangunan kediamannya, lapor portal berita Mothership pada Isnin.


Penduduk setempat mendapati dua van itu diletakkan di atas bumbung dan melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan kerana bimbang ia berbahaya, demikian menurut Central News Agency (CNA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu  jalan  tetapi berulang kali disaman kerana meletakkan kenderaan bukan di ruang pakir.

Dia menggunakan van itu sebagai ruang penyimpanan kerana tidak dapat memuatkan semua peralatan kejuruteraan awam  di rumahnya, lapor saluran televisyen kabel satelit , EBC News.

Kedua-dua van itu dipercayai berada di atas bumbung tersebut sejak dua tahun lalu, kata  Lin Kuan-jen yang merupakan  ketua daerah tempatan seperti laporan CNA.

Kuan-jen berkata, dia telah meminta lelaki itu memindahkan kedua-dua  van miliknya kerana penduduk setempat bimbang  kenderaan itu berisiko menghempap mereka.

Pada Mac lalu, lelaki itu berkata, dia telah menemui tempat kosong untuk kenderaan itu tetapi masih belum memindahkannya.

Walaupun lelaki berkenaan didapati tidak melanggar mana-mana undang-undang, dia diberitahu supaya mengalihkan kenderaan itu bagi menjaga keselamatan orang awam. 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…