Biarkan kereta lusuh tersadai, MBK keluarkan notis kepada pemilik!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook MBK
Sesetengah penduduk hanya mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kenderaan lama mereka tersadai di lorong jalan, bahu jalan atau kawasan parkir perumahan. Perkara ini bukan perkara baru!


Selain mencacatkan pemandangan ia juga menyusahkan para penduduk setempat lebih-lebih lagi di kawasan yang kekurangan petak parkir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menyedari permasalahan tersebut, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis pengalihan kenderaan kepada pemilik kereta buruk di dua kawasan dalam daerah Kuantan menurut laporan dari Malaysia Gazette.

 

Norkamawati Kamal, Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata, notis tersebut telah dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa MBK hasil daripada pemantauan di kawasan perumahan Sungai Karang Darat dan Taman Sri Mahkota Permai.

 

Norkamawati turut memaklumkan bahawa pemantauan berterusan kereta buruk yang tersadai akan dilakukan di lokasi kawasan perumahan atau lorong-lorong yang menempatkan kenderaan berkenaan.

 

“Kegagalan untuk berbuat demikian boleh disabitkan di bawah seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya lagi.

 

“Sepanjang 1 haribulan hingga Ahad lalu, sebanyak lapan kenderaan diberikan notis.

 

“Daripada jumlah itu sebanyak enam kenderaan akan disita manakala bakinya dua lagi sudah ditebus pemilik dengan bayaran RM300,” katanya pada Selasa.

 

Selain itu MBK juga merekodkan 52 kompaun membabitkan kutipan berjumlah RM52,000 terhadap syarikat pengangkutan kerana mengotorkan jalan awam di kawasan Perindustrian Gebeng.

 

Menurutnya kompaun itu dikeluarkan bermula 27 Disember 2022 sehingga 5 Januari 2022 dilakukan selaras dengan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 47 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Sehubungan itu, MPK meminta pemilik kenderaan supaya meletakkan kupon parkir untuk mengelak…