Terbukti tahan lasak - Isuzu D-Max harungi cabaran Borneo Safari tanpa masalah

oleh Mohamad Hanif|
Cabaran Borneo Safari International Off-Road Challenge anjuran Sabah Four Wheel Drive Association (SWFDA) sudah pun selesai dengan Isuzu menjadi penganjur utama (Diamond Sponsor) untuk tahun ke-12 berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk cabaran tahun ke-28 ini, Isuzu telah menghantar tiga unit Isuzu D-Max yang berkebolehan untuk aktiviti off-road untuk menyahut cabaran tahunan tersebut. 

Cabaran Borneo Safari merangkumi dua laluan yang berbeza; Super Hardcore dan Hardcore; dan ketiga-tiga unit Isuzu D-Max ini terbukti mampu mengharungi cabaran yang sukar dan keluar dengan selamat selepas lima hari. 

Kondisi laluan super hardcore ini terdiri daripada beberapa halangan seperti bungee jump, pemanduan mendaki, V-Gulley, laluan berbatu serta keadaan jalan yang sukar akibat hujan yang berterusan. 
 


Terdapat sesetengah keadaaan mendaki dan menurun bukit  di mana para peserta memerlukan bantuan winch untuk tujuan keselamatan. 

Sedikit fakta menarik, ketiga-tiga unit D-Max ini tidak menjalani sebarang modifikasi terhadap enjin standard 2.5 liter dan 3.0 liter, dan dua unit daripadanya merupakan model tahun 2013 yang telah melengkapkan cabaran 4x4 terbesar di Malaysia ini untuk enam tahun berturut-turut. 

Kejayaan ini membuktikan tunjang utama Isuzu dalam menawarkan produk yang tahan lasak dan boleh dipercayai kepada para pelanggan mereka. 
 


Dalam satu ucapan penutup acara tersebut, Masayuki Suzuki, Ketua Pengarah Operasi Isuzu Malaysia Light Commercial Vehicle melahirkan penghargaan beliau terhadap kerjasama yang kuat di antara Isuzu dan SFWDA. 

"Borneo Safari International Off-Road Challenge tidak lain merupakan satu platform yang paling baik untuk memperlihatkan ketahanan dan kelasakan kenderaan off-road, dan produk Isuzu D-Max kami telah terbukti mampu mengharungi keadaan yang ektrem menerusi penganjuran cabaran tahun yang lalu," ujar beliau. 

 


Cabaran Borneo Safari untuk tahun ke-28 ini mencatatkan penyertaan sebanyak 1,030 peserta, 27 buah pasukan serta jumlah keseluruhan kenderaan sebanyak 399 unit. 

Ini merupakan kali pertama Borneo Safari menerima penyertaan pasukan daripada Russia selain daripada Jepun, Indonesia, Ireland, Filipina, Vietnam, Brunei dan juga negara tuan rumah, Malaysia. 

Cabaran yang meliputi jarak sejauh 400 km di antara Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kota Belud; dan lapan hari perjalanan ini memberikan pengalaman yang amat berharga dan tidak akan dilupakan oleh para peserta. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…