ISUZU D-MAX BAKAL KEMBALI TAKLUK BORNEO SAFARI 2023

oleh Penyumbang Rencana 2|
Acara kembara off-road tahunan Borneo Safari bakal berlangsung pada tahun ini, di mana Isuzu Malaysia akan membawakan dua unit Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab, trak pikap berkemampuan tinggi yang penuh kepelbagaian dan memberikan keanjalan penggunaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara tersebut.

Borneo Safari tahun ini merupakan anjuran tahun ke-31 dan diiktiraf sebagai satu daripada cabaran off-road paling sukar di dunia. 

Acara ini bakal dilepaskan di hadapan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad, 29 Oktober 2023 dan akan menjelajahi kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.
 

isuzu


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam acara ini kerana kebolehannya sebagai jentera yang kental dan serba boleh.
 
“Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia tidak hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4x4 yang mantap, tetapi juga perlu dihadirkan dengan kemampuan yang sangat tinggi untuk memastikan ia berhasil melepasi cabaran lapan hari dalam keadaan yang ekstrim seperti itu.
 

d-max


“Dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai sebuah trak pikap, ia tidak disangkal lagi menjadi salah kenderaan media yang paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini, dan telah berhasil mengangkut media dan peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi dan keadaan setiap tahun sejak sedekad lalu,” ujar Okazoe.

Sebagai Penaja Berlian acara ini, Okazoe menyerahkan dokumen penajaan dan kunci bagi kenderaan rasmi media berkenaan kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin.
 

dmax


Isuzu Malaysia bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah serta Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web promosi acara ini, dan Sabah umumnya sebagai destinasi pengembaraan.

Melalui siri video berkenaan, penonton akan dapat menyaksikan pelbagai cabaran yang dilalui di sepanjang berlangsungnya Borneo Safari serta berpeluang memenangi cenderahati eksklusif dengan menyertai peraduan “tonton dan menang” yang akan berlangsung selepas acara berkenaan selesai.

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk tahun ini, pihak Isuzu Malaysia bakal menampilkan tiga unit trak pikap Isuzu D-Max X-Terrain…
Berita Domestik
Niat di hati, ingin sahaja penulis sertai dari awal, namun disebabkan terdapat beberapa perkara…
Berita Domestik
Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter telah terbukti menjadi antara…