PRESTASI JUALAN ISUZU D-MAX MENINGKAT PADA 2023

oleh Firdaus Razani|
Pada tahun 2023, menyaksikan satu rekod jualan memberangsangkan untuk trak pikap Isuzu D-Max dengan mengatasi angka 9,211 unit yang dijual pada 2022 dengan kenaikan jualan sebanyak 439 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh trak pikap berkenaan, yang meraih lebih banyak penggemar.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Sejak D-Max generasi ketiga diperkenalkan di Malaysia pada 2021, minat terhadap model ini sangat konsisten tinggi disebabkan oleh cirinya yang canggih, karektor pemanduan cemerlang, operasi versatil dan nilai yang menguntungkan.

 

isuzu

 

Model baru ini juga telah memperluaskan lingkungan pelanggan kami dan mencatatkan perluasan jualan sebanyak 185%, dan dalam masa yang sama mengekalkan kelompok pelanggan sedia ada,”katanya.

Isuzu D-Max mempunyai lapan varian yang membolehkan pelanggan memilih model yang bersesuaian dengan kegunaan mereka, bermula dari versi Single Cab hinggalah kepada yang paling canggih dan model flagship, X-Terrain.

Varian 1.9L Standard yang menyumbang sebanyak 28% jualan menjadi pilihan utama apabila memilih trak pikap dari jenama Isuzu ini.

Varian ini menjadi begitu popular kerana kapasiti enjinnya yang menjimatkan bahan api serta memberi manfaat kadar cukai jalan dan kos penyelenggaraan yang rendah.

 

isuzu

 

Pada 2023 juga, permintaan terhadap varian X-Terrain menunjukkan peningkatan sebanyak 24.5 peratus sejak dilancarkan.

Ia didorong oleh tahap kecanggihan dan penampilannya yang segar serta kemampuan prestasi off-road yang diberikan serta ciri Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) dan juga jaminan tujuh tahun tanpa had perbatuan.

Permintaan yang konsisten Isuzu D-Max membolehkan jenama itu berada di kedudukan kedua di Sabah, Kedah dan Pahang bagi segmen trak pikap.

Manakala untuk kedudukan peringkat nasional, ia berada di kedudukan ketiga dengan kadar perkongsian pasaran sebanyak 16.6 peratus.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…