Ketua Pegawai Eksekutif CATL, Dr Robin Zeng, memberitahu Financial Times bahawa teknologi bateri solid-state tidak boleh dipercayai, tidak mempunyai ketahanan dan menimbulkan isu keselamatan yang tidak dapat diselesaikan.
Bateri solid-state secara umum dilihat sebagai satu cara untuk menamatkan kebimbangan jarak pemanduan untuk kegunaan kenderaan elektrik.
Tambahan, Toyota mendakwa ia akan membolehkan jarak pemanduan sehingga 1200 kilometer selepas pengecasan hanya 10 minit untuk pengecasan penuh bateri.
Ia juga dikatakan lebih murah daripada bateri litium-ion, ia meningkatkan lagi kemampuan untuk mengeluarkan satu lagi halangan utama untuk pembelian untuk bakal pembeli kereta elektrik.
Namun janji-janji itu memberikan harapan palsu selepas bertahun-tahun penyelidikan dan pembangunan gagal memberikan bateri solid-state yang berdaya maju, menurut ketua CATL.
Toyota yang ketika ini banyak dikritik kerana terlalu perlahan memperkenalkan EV bateri berbanding pesaing namun masih dianggap sebagai peneraju dalam pembangunan teknologi bateri solid-state.
Baca laporan lanjut di drive