Bateri solid-state Volkswagen mampu bertahan sehingga 500,000 km!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi bateri keadaan pejal (solid-state) yang dianggap sebagai masa depan untuk kenderaan elektrik (EV) telah menyaksikan perkembangan ketara dalam pembangunannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teknologi bateri solid-state dikatakan mampu merevolusikan kecekapan bateri, menawarkan julat lanjutan, mengurangkan masa pengecasan dan menawarkan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

QuantumScape, sebuah syarikat AS yang kini sedang dalam pembangunan untuk bateri generasi akan datang bagi EV, telah mencapai pencapaian yang patut diberi perhatian dalam kemajuan teknologi itu.

Pencapaian terkini melibatkan sel bateri keadaan pejal syarikat itu telah melepasi keperluan dalam ujian sampel A, melengkapkan lebih 1,000 kitaran pengecasan dengan kejayaan yang cemerlang.

 

2

 

Ujian ketat yang dijalankan selama beberapa bulan oleh PowerCo, salah satu syarikat milik Volkswagen di makmal baterinya di Salzgitter, menunjukkan keupayaan sel keadaan pejal untuk mengekalkan kapasiti 95 peratus selepas kitaran yang mencabar.

Untuk kenderaan elektrik dengan jarak gerak kira-kira 483 km, ianya bersamaan dengan jumlah perbatuan 482,803 km.

Dalam prosedur ujian piawai untuk sel bateri baharu, keteguhan adalah merupakan kriteria kritikal, dengan piawaian industri menetapkan sasaran 700 kitaran pengecasan dan kehilangan kapasiti maksimum sebanyak 20 peratus.

Sel bateri keadaan pejal QuantumScape bukan sahaja melebihi spesifikasi ditetapkan, namun ia juga menunjukkan kecekapan dalam kriteria penting lain seperti keupayaan 'self-discharge' bateri, pengecasan pantas dan keselamatan.

 

Sumber: Volkswagen Group

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…